Tuesday, September 9, 2008

Mahasiswa syor kerajaan negeri hidupkan rumah ibadat dengan kuliah “faham Islam”

Cadangan kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang mahu menjadikan usrah sebagai salah satu daripada program pembangunan insan di negeri ini sebagai salah satu langkah yang cukup baik. Langkah yang dimulakan dengan melaksanakan usrah dalam kalangan anggota mesyuarat kerajaan negeri (Exco), ketua-ketua jabatan, pegawai daerah Pegawai Tadbir Negeri (KCS) dan diikuti dengan penghulu serta ketua-ketua kampong merupakan satu contoh yang terbaik yang harus dipuji.

Melihat kepada perkembangan positif ini, mahasiswa yakin dan optimis bahawa penerapan nilai-nilai faham Islam kepada pihak pentadbiran negeri akan berjaya dilaksanakan sedikit masa lagi. Ini bagi membolehkan dasar-dasar pentadbiran negeri yang berteraskan lunas-lunas Islam difahami di setiap peringkat.

Namun begitu, kami diperingkat mahasiswa mencadangkan, apa yang perlu dipercepatkan untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri selepas ini adalah dengan menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau di kampung dengan kuliah dan pengisian yang perlu diberi nafas baru. Sewajarnya pihak berwajib menyusun jadual pengajian di masjid dan surau yang “mati” ini bagi memastikan kefahaman Islam secara menyeluruh dapat disampaikan kepada masyarakat bawahan.

Terdapat banyak masjid terutamanya dikawasan-kawasan kampung “mati” daripada kelas pengajian agama. Hal demikian kerana masjid tersebut tidak mampu menanggung kos untuk menjemput penceramah secara berkala.

Berbanding di ibu kota, kuliah-kuliah yang berbentuk kefahaman dan haraki di sampaikan secara berterusan dimasjid-masjid dan surau-surau yang mempunyai ramai pendokong perjuangan Islam. Penceramah di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai kefahaman gerakan ini dipecahkan dan disusun perjalanan kuliah mereka bagi memastikan tempat ibadat terus di hidupkan. Bahkan bayaran bagi setiap kali kuliah berbentuk haraki ini hanyalah sekadar RM80-RM 100 bagi setiap malam.

Bukan soal bayaran yang saya ingin ketengahkan, tetapi sewajarnya pihak kerajaan negeri menyusun dengan lebih terancang para ustaz yang mampu berbicara soal gerakan untuk diserapkan kefahaman Islam kepada peringkat akar umbi.

Bukan hanya menjadikan masjid dan surau sebagai tempat solat semata-mata, tetapi mampu menjadikan masjid dan surau sebagai tempat menyatupadukan masyarakat dan membina modal insan yang cemerlang berteraskan nilai-nilai Islam yang syumul.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
Presiden Penaja PERSADA
http//:faisalmustaffa.com

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Mahasiswa syor kerajaan negeri hidupkan rumah ibadat dengan kuliah “faham Islam”"

clairvoyantman said...

Assalamualaikum…
semoga Angkatan Siswazah Ayer Hitam (ASAH) dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan PERSADA.
Kita perlu menjadi badan NGO yang mengembangkan ilmu.
Sebagai orang yang berilmu,kita perlu mengkaji kenapa pada zaman nabi,para ilmuan tidak dibenarkan menyertai jihad(belum sahih,diminta orang yang betul2 ada ilmu tampil).kedudukan ilmuan lebh tinggi.kita sebagai para ilmuan patut kah terlalu sibuk dengan bidang politik yang korup?mana2 parti sekarang telah korup.apabila Allah menjatuhkan seseorang dari tempat yang tinggi(jawatan yang tinggi),Allah yang menghendakinya dengan sebab-sebab tertentu.Kita cari la jalan yang baru tanpa terpengaruh dengan mana2 parti politik samada kerajaan mahupun pembangkang.
sekian.
wassalam.