Sunday, January 4, 2009

LANDAS - Program Dakwah al-Qedahi Tahun 2009




SUNGAI PETANI – Ops Sayangi Remaja 1 sempena menjelang ambang Tahun Baru Masehi 2009, tanggal 31 Disembar 2008, di 3 Lokasi : Bandar Sungai Petani, Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai Kedah. Keseluruhan penyertaan sukarelawan dakwah lebih kuran 200 orang dan dibantu oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Pegawai Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah. Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim telah menjadi penyelaras program tersebut. Kumpulan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan latihan sesi petang dan operasi dakwah hingga menjelang Subuh di Pantai Merdeka. Kumpulan sukrelawan dakwah kawasan Tanjung Dawai berkumpul di sekitar pantai Tanjung dawai dibantu oleh pegawai pengutkuasa di sana dan pegawai penguatkuasa PADKM dari Sungai Petani.

LAPORAN OPERASI SAYANGI REMAJA

Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin bin Kassim, Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

07.17 pm

Solat Maghrib & Majlis Bacaan Yasin oleh Bilal Masjid Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai Petani.

08.31 pm

Solat Maghrib & Solat Hajat dipimpin oleh Bilah Masjid Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Doa Solat Hajat di baca oleh Setiausaha Masjid Ibrahim.

09.00 pm

Taklimat dan pendekatan dakwah lapangan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim dan ucapan alu-aluan oleh YB Haji Abdullah bin Jusuh, Exco Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Kedah. Ucapan aluan juga telah disampaikan oleh En Jasini Sulaiman, MKK Kampung Serukam, mewakili aktivis LANDAS.

10.00 pm

Pembahagian kumpulan dan Ops Sayangi Remaja bermula di lokasi luar Village Mall dan Tesco Lagenda Hieghts, Sungai Petani dan kawasan persekitaran bandar Sungai Petani. Maklumat awal pihak Urusetia telah memaklumkan kepada pihak Ketua Polis Daerah Kuala Muda Operasi Sayangi Remaja 1 dan minta pihak keselamatan terlibat sama.

Alhamdulillah keadaan terkawal pada malam tersebut dengan kehadiran pihak polis begitu ramai membuat sekatan disemua jalan utama, menyebabkan anak muda tidak dapat beraksi ganas menunggang motosikal. Aduan awam kepada pihak urusetia keesokan harinya, terdapat ramai kumpulan anak muda bermotosikal menukar arah laluan mereka di kawasan taman perumahan dan membuat bising. Mereka takut melalui jalan-jalan utama kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai lessen memandu yang sah. 100 peratus remaja dan belia terlibat adalah anak-anak melayu Islam.

11.30 pm

Aktivis LANDAS yang berkawal di kawasan dataran Lagenda Hieghts meminta Koodinator Urusetia segera ke lokasi tersebut kerana terdapat ramai remaja sedang mengadakan "Shuffle Dance" dan terdapat dua kumpulan anak muda yang berpakaian t-sirt hitam dengan lambing tengkorak dan manusia yang bersayap. Bunyi dentuman muzik yang membengit cupingan telinga. Maklumat daripada pihak berkuasa MPSP menyatakan pada mulanya mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut.

Atas rayuan mereka untuk memudahkan orang melayu berniaga di kawasan tersebut akhirnya pihak perlisenan memberikan kebenaran secara lisan buat sementara disebabkan YDP MPSP berada di Melaka bersama ahli Majlis Mesyuarat. Malangnya mereka mengadakan pula konsert terbuka dengan dentuman muzik yang kuat dengan acara "Shuffle Dance", tidak mempunyai lisen daripada Majlis Daerah. Pihak kami terpaksa menggambil tindakan menghalang program tersebut daripada diteruskan.

Ketika itu juga kami memaklumkan melalui telefon kepda dua orang Exco Kerajaan Negeri YB Haji Abdullah bin Jusuh yang sedang mengikuti program LANDAS di Pantai Merdeka dan YB Haji Hamdan Mohamed Khalib yang sedang berada dalam majlis sambutan Maal Hijrah di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Akhirnya pihak penganjur terpaksa memohon maaf di atas keterlanjuran mereka mengadakan aktiviti yang menyalahi undang-undang PBT dan Majlis Daerah. Saya bagi pihak urusetia LANDAS meminta pihak kerajaan negeri lebih serius bertindak bersepadu sebarang aktiviti yang negative yang akan meroskkan anak muda melayu Islam.

12.45 am – 02.30 am

Pasukan aktivis LANDAS bersama pihak pegawai-pegawai MPSP meneruskan aktiviti dakwah di dataran jam besar bandar Sungai Petani. Pihak kami telah bersurai jam 03.00 am dan sebahagian lagi meneruskan aktiviti dakwah di Pantai Merdeka serta berakhir menjelang waktu Subuh. Saya bagi pihak urusetia mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jazaa' kepada pihak berkuasa MPS dan pihak Pegawai Penguatkuasa PADKM serta aktivis LANDAS yang turut membantu aktiviti dakwah lapangan.

Respon orang ramai yang menghubungi saya, sambutan menjelangnya tahun baru Masehi 2009 kali ini paling aman dan terkawal berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Saya juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kesungguhan pihak keselamatan (polis) dan pegawai-pegawai JPJ yang bertugas pada malam tersebut membuat rondaan dan sekatan jalan raya.


Ustaz Kamaruddin bin Kassim
Koodinator Urusetia
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "LANDAS - Program Dakwah al-Qedahi Tahun 2009"