Wednesday, February 18, 2009

Rakyat Kedah perlu pilih calon berwibawa: Amar Badruddin

Alor Setar: Pilihan Raya Kecil yang bakal berlangsung di Bukit Selambau pada 9 April nanti merupakan salah satu medan untuk menjadi kayu ukur pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah Darul Aman.

Selepas hampir setahun memerintah negeri Jelapang Padi, buat julung kalinya Pilihan Raya Kecil diadakan dinegeri Kedah selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Selambau meletakkan jawatan.

Menurut Saudara Amar Badruddin Bin Romli, Timbalan Presiden PERSADA KEDAH, beliau yakin bahawa pengundi di Bukit Selambau bijak untuk membuat pemilihan dan tidak akan termakan dengan propaganda media.

“Trend pengundi sekarang dijangkakan sudah matang. Hal demikian kerana tahap kesedaran politik dalam kalangan rakyat dinegeri ini sudah berubah. Saya yakin rakyat tidak akan termakan dengan propaganda media yang berat sebelah dan penuh dengan penipuan. Rakyat terutamanya daripada kalangan anak-anak muda sudah mual dengan media utama dan menjadikan media alternatif sebagai pilihan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan cepat”.

“Biarlah calon yang dipilih pada kali ini daripada parti yang memperjuang agenda rakyat, bukannya untuk kepentingan peribadi. Rakyat seharusnya menolak calon yang dihantar oleh golongan yang mengamalkan rasuah yang diharmonikan dengan menggunakan istilah “politik wang”, sedangkan sudah terbukti bahawa ianya adalah rasuah yang cukup menjijikkan” ujar beliau lagi.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Rakyat Kedah perlu pilih calon berwibawa: Amar Badruddin"