Sunday, March 15, 2009

Forum Wacana Siasah Pertemukan PAS dan UMNO di Kedah

MPM INSANIAH Anjur FORUM WACANA SIASAH: Halatuju Politik Melayu Selepas Setahun Pilihanraya ke-12

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti INSANIAH akan menganjurkan forum tersebut pada 17 Mac 2009 hari Selasa jam 8.15-11.30 malam di Dewan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah INSANIAH.

Tema forum berkenaan ialah "Politik Melayu: Di Antara Perubahan & Cabaran". Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negeri Kedah dan masyarakat awam dijemput hadir.



Menurut saudara Ammar Badruddin bin Haji Romli, Presiden MPM merangkap Timbalan Presiden PERSADA, objektif forum ini diadakan bagi mengetengahkan dan membincangkan isu-isu politik melayu semasa dan arah halatuju masa depan politik Melayu khususnya di negri Kedah selepas perubahan pentadbiran.

Selain itu, ingin mendedahkan secara langsung idea-idea dan hujah-hujah bernas daripada ahli-ahli panel yang terdiri daripada tokoh politik dan akademik Melayu yang disegani. Secara tidak langsung dapat membuka minda masyarakat dan mahasiswa situasi sebenar disebalik fenomena tranformasi politik melayu yang berlaku di seluruh negara.

Menurutnya lagi, program ilmu seperti ini amat wajar dilaksanakan bagi membuka minda mahasiswa IPT kearah melahirkan mahasiswa berkualiti dan intelektual.



Forum tersebut akan dijayakan oleh 2 orang ahli panel iaitu Yang Berhormat Dato' Haji IR. Amiruddin bin Hamzah (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah) dan Dato' Haji Tajul Urus bin Mat Zain (Ketua Umno Bahagian Merbok).

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai program, hubungi Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar INSANIAH 04 7352742.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Forum Wacana Siasah Pertemukan PAS dan UMNO di Kedah"