Wednesday, September 30, 2009

PERSADA : BANTAH KONSERT BEYONCE KNOWLES


Persatuan Mahasiswa Darul Aman(Persada) membantah penganjuran konsert Beyonce Knowles yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 25 Oktober nanti . Penganjuran konsert tersebut mencemarkan budaya ketimuran dan kesantunan rakyat Malaysia. Konsert ini pernah dibatalkan suatu ketika dahulu dan kini kembali diadakan semula.

Menurut Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan Persada Abdul Azim Bin Abd Jamil, penganjuran konsert tersebut jelas mengambarkan bahawa kerajaan tidak mengambil serius terhadap bantahan pertama daripada rakyat Malaysia. Kecenderungan kerajaan untuk mengadakan konsert tersebut dengan memberi kebenaran permit kepada pihak penganjur untuk menganjurkan konsert tersebut.

“Penyanyi yang ditampilkan jelas menampilkan etika sosial yang tidak sihat untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Pemakaian yang ditampilkan oleh penyanyi tersebut menjolok mata dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan kepada rakyat negara ini. Penyanyi tersebut juga mempunyai rekod-rekod masalah peribadi yang jelas menyimpang dengan budaya rakyat ini.” Ujarnya lagi yang mewakili saudara Presiden ketika menghujahkan isu ini.

Selain itu, pihak Persada juga menuntuk Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam , Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom agar tegas dan sentiasa memantau perkembangan perkara-perkara seperti ini. Pihak Persada juga mahu Datuk Jamil Khir Baharom mengesa kerajaan agar menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur konsert tersebut.

Disamping itu, menurut beliau lagi pihak Persada juga ingin menyatakan pendirian bahawa Persada bukan sebuah persatuan anti hiburan tetapi pihak Persada bertegas terhadap segala bentuk hiburan yang melalaikan dan menyumbang kepada keruntuhan akhlak rakyat Malaysia.Oleh itu,pihak Persada mengharapkan campur tangan pihak yang terbabit untuk menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur.
baca lagi...

Tuesday, September 29, 2009

Gaddafi & Ahmadinejad lambang keberanian






Kelantangan dua pemimpin iaitu Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad dan pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengkritik dan menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) semasa berlansungnya perhimpunan tersebut baru-baru merupakan satu lambang keberanian.Ketika para pemimpin Negara lain mengambil sikap berdiam diri dan menyerah segala-galanya kepada PBB yang dikuasai lima negara besar iaitu Amerika Syarikat(AS),Rusia,China,Britain dan Perancis,munculnya dua watak yang sentiasa mendatangkan ‘bisa’ kepada negara kuasa barat.


Ungkapan mereka berdua ada kebenarannya kerana sikap talam dua muka(double standard) badan terbesar di dunia itu jelas menindas negara lain terutama negara dunia ketiga.Sikap mereka yang sentiasa membela Israel yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin dan membangunkan senjata nuklear jelas menunjukkan sikap mereka yang tidak adil.Apabila ada negara-negara yang dirasakan “musuh” dan “ancaman” kepada mereka pelbagai sekatan akan dikenakan dengan mendatangkan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.Tetapi dunia hari ini seolah-olah memandang sebelah mata terhadap sikap mereka.


Siapa tidak ingat pencerobohan AS dan kuasa barat terhadap Iraq dan Afghanistan yang menambah derita kehidupan rakyat negara tersebut.Walaupun atas nama memerangi keganasan tetapi ramai nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban apatahlagi tindakan mereka kadang-kadang melulu dan membabi-buta.Sikap campur tangan kuasa besar ini jelas menunjukkan keangkuhan mereka.Isu Palestin masih belum selesai kerana Israel yang merampas tanah rakyat Palestin berselindung di sebalik negara kuasa besar.Ramai anak kecil Palestin yang menjadi yatim piatu,ibu bapa kehilangan anak bahkan dikenakan pelbagai sekatan ekonomi.


Justeru,keberanian dan kelantangan dua pemimpin harus dipuji kerana mereka tidak takut dengan ancaman kuasa besar ketika negara-negara lain tidak berani bersuara.Agak sukar kita mencari mereka yang lantang bersuara seperti dua pemimpin ini.Ia juga mengingatkan kita kepada kelantangan Perdana Menteri Turki,Tayyib Erdogan yang membidas Presiden Israel,Shimon Perez dalam suatu forum berkaitan isu Palestin.Adakah dengan tiadanya mereka ini dunia akan sepi dan kezaliman akan dibiarkan.





baca lagi...

Monday, September 28, 2009

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah Bersama MB Berlansung Meriah

Sri Mentaloon,22 Sept – Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA KEDAH) telah menganjurkan Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah pada hari raya ketiga yang lalu bertempat di Dewan Sri Mentaloon,Kediaman Rasmi Menteri Besar,Alor Setar.Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak,Menteri Besar Kedah.

Ucapan YAB Ustaz Azizan Abd Razak



Menurut Presiden Persada,Saudara Syazwan Bin Ahmad majlis ini merupakan susulan kepada Ijtima’ Aidiladha yang lepas cuma istimewanya kali ini diadakan pada hari raya Aidilfitri yang ianya lebih meriah dan anak-anak Kedah di perantauan terutama yang berada di luar negara turut balik bercuti .Terdapat juga mahasiswa luar negara yang terlibat sebagai ajk pelaksana program.Majlis ini juga sebagai satu simbolik kepada kepimpinan baru Persada kerana sebelum ini Persada masih lagi di peringkat penajaan dan belum m

empunyai organisasi yang lengkap.



Ucapan Presiden Persada,Saudara Syazwan Ahmad


Program yang bertujuan untuk menghimpunkan mahasiswa Kedah daripada seluruh IPT di dalam dan luar Negara ini mendapatkan sambutan menggalakkan daripada mahasiswa walaupun kemeriahan aidilfitri bersama keluarga masih lagi terasa.Hal ini dapat dilihat ada yang telah bertolak seawal jam 7 pagi lagi terutama yang berada di kawasan kulim,Bandar Baharu,Sik dan Baling untuk memastikan mereka sampai tepat pada masanya.Ada juga yang terpaksa bermalam di rumah kawan dan sanak-saudara di Alor

Setar malam sebelum program terutama yang berada di Langkawi semata-mata untuk tidak ketinggalan untuk menyertai program dan berjumpa dengan sahabat handai


Sidang hadirin yang hadir




Majlis bermula seawal jam 10 pagi dengan ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak,Menteri Besar Kedah diiringi Exco Sukan,Kebudayaan,Kesenian dan Penerangan Negeri Kedah,YB Dr. Hamdan Bin Hj Khalib dan Presiden Persada,saudara Syazwan Bin Ahmad.Selepas melaungkan nasyid asmaul husna para diserikan dengan ucapan saudara Syazwan,YB Dr Hamdan dan seterusnya YAB Ustaz Azizan.



Ucapan YAB Menteri Besar di hadapan hampir 1,500 mahasiswa itu jelas tidak menghampakan apabila beliau memberikan ucapan yang sarat dengan nasihat,pengisian di samping celoteh dan lawak bersahaja yang sentiasa menggamat sidang hadirin yang hadir.Beliau juga sentiasa mengambil terhadap pendidikan masyarakat di Kedah dan berharap anak-anak Kedah dapat belajar bersungguh-sungguh seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat negeri Kedah.Beliau yang ternyata gembira dengan kehadiran mahasiswa sempat beramah-mesra dengan para mahasiswa sebelum meninggalkan dewan.


" InsyaAllah,hasil keuntungan daripada projek tapisan minyak akan digunakan untuk dana pendidikan negeri Kedah dalam masa 3 hingga 4 tahun lagi.Kita berusaha untuk menjadikan Negeri kedah sebagai negeri ilmu dan berharap para mahasiswa dapat belajar bersungguh-sungguh dan balik berbakti di Negeri kedah",demikian ringkasan ucapan YAB Menteri Besar.


Sesi dialog bersama Wakil kerajaan Negeri


Majlis yang gilang-gemilang insi turut dihadiri oleh excio kerajaan negeri Kedah iaitu YB Taulan Bin Mat Rasul,Setiausaha Politik Menteri besar,saudara Sanusi Bin Mohd Nor,Ahli Parlimen Padang Terap,YB Mohd Nasir Bin Zakaria,wakil NGO seperti GAMIS,PKPIM,JIM,persatuan anak negeri Kedah dari pelbagai IPT,wakil cina dan India.Majlis ini kemudian diteruskan dengan sesi dialog bersama wakil urusetia belia Kerajaan Negeri iaitu YB Dr Hamdan,Saudara Sanusi Mohd Nor dan Ustaz Ahmad Yahaya dengan dipengerusikan oleh saudara Syazwan Ahmad.Pada sesi dialog ini para mahasiswa diberi peluang untuk bertanya atau memberi pandangan berkaitan kerajaan negeri Kedah.

Pengarah Program Mohd Zulhamdi berkata
Alhamdulillah,majlis ini (himpunan aidilfitri)berjalan lancer dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari mahasiswa dihadiri oleh pelbagai lapisan kaum, mahasiswa bukan islam dari kaum cina dan india juga datang bagi memeriahkan majlis”.
“kita ambill peluang cuti hari raya untuk himpunkan seluruh mahasiswa kedah,sahabat-sahabat kita dari mesir,ireland,Australia,united kingdom dan lain-lain yang balik berhari raya di kampung juga turut hadir..
’’- ujar beliau


Setiausaha Agong Persada Kedah saudara Mohd Al-hafiz b Adnan ketika di hubungi berkata jumlah ahli Persada akan di pertingkatkan dengan membuka keahlian kepada golongan pasca siswazah (postgraduate) bagi memantapkan lagi NGO tersebut.Persada yang baru di tubuhkan tahun lepas itu mempunyai keahlian hampir 2 ribu mahasiswa di dalam dan luar negara.Majlis berakhir pada jam 2.30 petang selepas persembahan nasyid dan jamuan makan


baca lagi...

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah.



baca lagi...

Sunday, September 27, 2009

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah


baca lagi...

Saturday, September 12, 2009

Inna Lillah...Sahabat Persada Hadapi Kemalangan

Assalamualaikum..

Mari sama-sama doakan kesihatan dan kesembuhan kepada rakan sepersatuan kita iaitu Saudari Afifah Saleh yang terlibat di dalam kemalangan di Cheras. Beliau merupakan Setiausaha Himpunan Mahasiswa Kedah yang bakal diadakan pada Syawal nanti.

Turut terlibat sama ialah Saudari Fatin, dan dilaporkan dalam keadaan selamat. Saudari Afifah kini sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Mudahan Allah S.W.T permudahkan kesulitan beliau...AMIN

baca lagi...

Friday, September 11, 2009

Mengapa Rakyat Indonesia berang dengan Malaysia??


oleh: Mohd Al-Hafiz bin Adnan*

Kebelakangan ini media melaporkan banyak peristiwa atau kejadian yang menunjukan perasaan marah dan tidak berpuas hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Mereka melakukan demontrasi di kedutaan Malaysia sehingga sanggup menurunkan bendera malaysia dan membakarnya!.Kediamaan pelajar-pelajar Malaysia di baling dengan telur busuk di samping menerima beberapa ugutan.Selain itu,laporan terbaru mengatakan bahawa rakyat Malaysia di Indonesia takut untuk keluar rumah kerana terdapat kumpulan-kumpulan tertentu mengancam keselamatan mereka.

Saya suka menerokai akhbar-akhbar digital milik Indonesia untuk mengetahui perkembangan berita di sana.Namun,saya tidak nafikan ujudnya sentimen dan provokasi serta fitnah yang dilakukan oleh media Indonesia sekaligus mencetuskan api kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Isu terbaru berkaitan dengan tarian tradisi bali dimana Indonesia menuduh Malaysia "menciplak" tarian tersebut untuk tujuan promosi perlancongan Malaysia.

Isu berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia sudah lama berlarutan.Sejak peristiwa ganyang Malaysia pada tahun 70 an dulu,bisa dan barah tersebut bagaikan tidak pernah sembuh dan melarat sehingga kini.Mengapa Indonesia terlalu marah dengan Malaysia??. Isu berkaitan dengan penderaan amah(pembantu rumah) Indonesia,Malaysia menggunakan lagu terang bulan yang di katakan milik Indonesia sebagai lagu kebangsaan,rakyat Malaysia memanggil mereka dengan perkataan "Indon",Kes Monahara,Pertikaian pulau Sipadan yang akhirnya menjaya menjadi milik malaysia,kes berkautan dengan pengeboman 2 buah hotel di Jakarta baru-baru ini dikatakan dalangnya dilakukan oleh rakyat Malaysia(Nordin mat Top) kemudiannya Manchester United terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan bersama Indonesia menyebabkan kemarahan oleh peminat-peminat MU di Indonesia dan banyak lagi serta yang terbaru berkaitan dengan malaysia "mencuri" tarian tradisi Bali dari Indonesia.

Banyak faktor yang mempengaruhi isu antara kedua-dua negara.Kepesatan pembanganunan dan kemajuan Malysia dari segi ekonomi berbanding Indonesia juga menimbulkan rasa iri hati.Penghijrahan rakyat Indonesia untuk mencari rezeki di terima baik oleh masyarakat Malaysia.Namun,sering kali kita dengari di dada-dada akhbar laporan mengenai kes-kes rompakan,ragut,kecurian dan "geng-geng" perompak berbahaya seperti geng kebanyakkannya berasal dari Indonesia.Mereka ini masuk ke negara kita mencuri dan menganggu kesejahteraan rakyat di negara ini!.Adakah rakyat Malaysia tidak boleh marah kepada indonesia??Melakukan demontrasi atau menghalang rakyat Indonesia daripada berkerja disini?

Sebagai negara yang berjiranan berada dalam rumpun melayu serrta mengamalkan adat dan budaya yang lebih kurang sama,Seharusnya perasaan toleransi dan bertolak ansur ujud antara kedua-dua negara.jika kita selusuri sejarah,orang-orang melayu keturunan jawa yang mendiami kebanyakannya di selangor dan johor berasal dari Indonesia,orang banjar di perak juga berasal dari Indonesia.Dahulunya sebelum merdeka,rakyat bebas bergerak dan berhijrah tanpa memerlukan pasport perjalanan,budaya dan adat resam telah bercampur gaul dan sebati antara kedua-dua negara.

Kesimpulannya,kerjasama dan kesefahaman serta toleransi perlu ujud antara kedua-dua negara agar hubungan baik dapat dikekalkan.Musuh sentiasa mengintai peluang dan mengapikan sentemen agar kedua-dua negara saling bermusahan dan bercakaran akhirnya merugikan kedua-dua pihak.Malaysia dan Indonesia negara yang mempunyai majoriti umat Islam,Besatulah atas nama ukhuwah sesama Islam


* Penulis Merupakan Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada Kedah),,juga merupakan Presiden persatuan Mahasiswa Kedah( Permadah) Universiti Malaya
baca lagi...

Thursday, September 10, 2009


TERBUKA UNTUK PELAJAR DAN MAHASISWA DARI PELBAGAI KAUM DI IPT DALAM DAN LUAR NEGARA
JEMPUT MAI RAMAI2.AJAK KAWAN2 SAMA KITA MERIAHKAN HARI YANG MULIA INI


baca lagi...

Wednesday, September 9, 2009

ISU KEPALA LEMBU CEMARKAN RAMADAN SEBAGAI MADRASAH TARBIYAH



Isu perarakan Kepala Lembu ketika mengadakan protes di bangunan Selangor Kerajaan Negeri(SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu telah mencemarkan Ramadan sebagai madarasah tarbiyah dan pada ketika itu umat Islam baru genap seminggu menyambut Ramadan al-Mubarak.Mereka mengambil peluang menjadikan bulan Ramadan sebagai ‘Madrasah Tarbiyah’.

Tindakan protes yang dilakukan kerana membantah keputusan Kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil yang berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 bermula selepas solat Jumaat dengan ucapan berapi-api oleh beberapa wakil NGO di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan memijak kepala lembu yang masih belum kering darahnya yang diusung dari pintu masjid negeri beberapa ratus meter daripada bangunan tersebut.Mereka mensasarkan kemarahan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim,Exco Kebajikan Negeri Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan Dr. A Xavier Jayakumar.

Tindakan mengarak kepala lembu dan memijak-mijaknya dianggap bukan sahaja bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri tetapi juga telah menyeret isu perkauman dan agama dalam perkara ini.Hal ini kerana lembu merupakan binatang suci dalam agama hindu dan dilarang membunuhnya.Tindakan memijak-mijak kepala lembu seolah-olah menyalahkan penganut agama Hindu dalam hal ini walaupun sasaran kemarahan mereka hanya beberapa individu di dalam Kerajaan Negeri Selangor.Jika pihak yang terlibat mengatakan mereka tidak berniat untuk membangkitkan kegelisahan kaum maka wujud persoalan mengapakah kepala lembu yang digunakan!bukan kepala ayam atau kepala kambing?!.

Maka perkara ini harus diambil pengajaran kerana dikuatiri mendatangkan fitnah kepada Islam.Kita dilarang mencela sembahan agama lain kerana dibimbangkan mereka akan mencela Allah secara melampaui batas seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-An’am ayat 108 yang bermaksud :-

“ Janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengehtahuan…”

Islam sentiasa mengajar kita agar bergaul baik dengan masyarakat bukan Islam agar mereka mengehtahui bahawa Islam adalah agama yang adil dan memberi keamanan kepada seluruh umat manusia.Rasulullah S.A.W sendiri menziarahi seorang tua Yahudi yang buta dan sakit walaupun dia sentiasa memaki dan menghina Nabi S.A.W sehingga dia memeluk Islam kerana akhlak yang baginda tunjukkan.Apatahlagi kita yang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum memanggilkan masyarakat hindu dengan panggilan seperti ‘keling’, ‘paria’ dan sebagainya yang bertentangan konsep dakwah yang hendak kita bawa.Tambahan pula persepsi negatif yang sering ditonjolkan oleh Barat terhadap dunia Islam.Persepsi negatif yang masih sukar dihapuskan bertambah parah dengan sikap sebahagian umat Islam yang berpaksikan kepada perkauman semata-mata.

Seperti yang kita ketahui proses migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India. 70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.

Oleh itu harap kita dapat menilai sesuatu itu mengikut kacamata kebenaran bukan nafsu semata-mata.Ramadan ini patut mendidik dan mentarbiyah kita menjadi insan yang berakhlak dan bertakwa.
baca lagi...