Friday, September 11, 2009

Mengapa Rakyat Indonesia berang dengan Malaysia??


oleh: Mohd Al-Hafiz bin Adnan*

Kebelakangan ini media melaporkan banyak peristiwa atau kejadian yang menunjukan perasaan marah dan tidak berpuas hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Mereka melakukan demontrasi di kedutaan Malaysia sehingga sanggup menurunkan bendera malaysia dan membakarnya!.Kediamaan pelajar-pelajar Malaysia di baling dengan telur busuk di samping menerima beberapa ugutan.Selain itu,laporan terbaru mengatakan bahawa rakyat Malaysia di Indonesia takut untuk keluar rumah kerana terdapat kumpulan-kumpulan tertentu mengancam keselamatan mereka.

Saya suka menerokai akhbar-akhbar digital milik Indonesia untuk mengetahui perkembangan berita di sana.Namun,saya tidak nafikan ujudnya sentimen dan provokasi serta fitnah yang dilakukan oleh media Indonesia sekaligus mencetuskan api kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Isu terbaru berkaitan dengan tarian tradisi bali dimana Indonesia menuduh Malaysia "menciplak" tarian tersebut untuk tujuan promosi perlancongan Malaysia.

Isu berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia sudah lama berlarutan.Sejak peristiwa ganyang Malaysia pada tahun 70 an dulu,bisa dan barah tersebut bagaikan tidak pernah sembuh dan melarat sehingga kini.Mengapa Indonesia terlalu marah dengan Malaysia??. Isu berkaitan dengan penderaan amah(pembantu rumah) Indonesia,Malaysia menggunakan lagu terang bulan yang di katakan milik Indonesia sebagai lagu kebangsaan,rakyat Malaysia memanggil mereka dengan perkataan "Indon",Kes Monahara,Pertikaian pulau Sipadan yang akhirnya menjaya menjadi milik malaysia,kes berkautan dengan pengeboman 2 buah hotel di Jakarta baru-baru ini dikatakan dalangnya dilakukan oleh rakyat Malaysia(Nordin mat Top) kemudiannya Manchester United terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan bersama Indonesia menyebabkan kemarahan oleh peminat-peminat MU di Indonesia dan banyak lagi serta yang terbaru berkaitan dengan malaysia "mencuri" tarian tradisi Bali dari Indonesia.

Banyak faktor yang mempengaruhi isu antara kedua-dua negara.Kepesatan pembanganunan dan kemajuan Malysia dari segi ekonomi berbanding Indonesia juga menimbulkan rasa iri hati.Penghijrahan rakyat Indonesia untuk mencari rezeki di terima baik oleh masyarakat Malaysia.Namun,sering kali kita dengari di dada-dada akhbar laporan mengenai kes-kes rompakan,ragut,kecurian dan "geng-geng" perompak berbahaya seperti geng kebanyakkannya berasal dari Indonesia.Mereka ini masuk ke negara kita mencuri dan menganggu kesejahteraan rakyat di negara ini!.Adakah rakyat Malaysia tidak boleh marah kepada indonesia??Melakukan demontrasi atau menghalang rakyat Indonesia daripada berkerja disini?

Sebagai negara yang berjiranan berada dalam rumpun melayu serrta mengamalkan adat dan budaya yang lebih kurang sama,Seharusnya perasaan toleransi dan bertolak ansur ujud antara kedua-dua negara.jika kita selusuri sejarah,orang-orang melayu keturunan jawa yang mendiami kebanyakannya di selangor dan johor berasal dari Indonesia,orang banjar di perak juga berasal dari Indonesia.Dahulunya sebelum merdeka,rakyat bebas bergerak dan berhijrah tanpa memerlukan pasport perjalanan,budaya dan adat resam telah bercampur gaul dan sebati antara kedua-dua negara.

Kesimpulannya,kerjasama dan kesefahaman serta toleransi perlu ujud antara kedua-dua negara agar hubungan baik dapat dikekalkan.Musuh sentiasa mengintai peluang dan mengapikan sentemen agar kedua-dua negara saling bermusahan dan bercakaran akhirnya merugikan kedua-dua pihak.Malaysia dan Indonesia negara yang mempunyai majoriti umat Islam,Besatulah atas nama ukhuwah sesama Islam


* Penulis Merupakan Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada Kedah),,juga merupakan Presiden persatuan Mahasiswa Kedah( Permadah) Universiti Malaya

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Mengapa Rakyat Indonesia berang dengan Malaysia??"

umnoMampoth said...

Semua Umno punya kerja la ni..

Antara contoh- Pembantu rumah indonesia banyak didera cina tapi tiada tindakan drastik diambil hasilnya semua rakyat malaysia dianggap musuh.

Kebodohan pemimpin Umno memerintah sudah terbukti sejak 50 tahun lebih memerintah Malaysia tidak mampu menjadikan Malaysia sebagai 'kawan' kepada rakan nusantara bahkan lawan yang didendam sedangkan kita dari rumpun dan agama yang sama.

Pemimpin Umno hanya galak mencipta peluang memenuhkan tembolok mereka atas nama pembangunan yang tak seberapa dengan 'billion' yang disebut-sebut.Rakyat yang miskin terus dizalimi dan diperbodohkan.

Seronoklah kamu wahai UMno di dunia.azab yang pedih menanti kamu di akhirat sana. wslm.