Tuesday, April 13, 2010

LAMBAI'10 MEMBENTUK PARADIQMA

ALOR STAR,10 April 2010 – Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah menganjurkan satu Program Lambaian Mahasiswa 2010 yang diadakan di Dewan Auditorium Perpustakaan Negeri di Alor Setar baru-baru ini. Program dengan kerjasama kerajaan Negeri Kedah ini, bermula jam 9 pagi dengan pendaftaran peserta dan dirasmikan oleh En. Musaddaq B. Hj Ahmad,Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merangkap Urusetia Belia Kerajaan Negeri.

Sebahagian peserta lelaki

Kebejatan akhlak, sosial, dan akademik dewasa ini menggesa PERSADA sebagai sebuah NGO yang mementingkan kebajikan dan pembangunan pelajar dan mahasiswa. Program yang berbentuk perkongsian pintar, pengisian dan pendedahan awal mengenai mahasiswa dan kampus telahpun menjadi medium bagi para pelajar lepasan SPM, STPM, STAM dan matrikulasi untuk menilai dengan lebih mendalam berkenaan kampus dan bidang yang diminati dan bersesuaian sebagai persediaan mereka untuk menjejakkan kaki ke alam Universiti kelak.

Selain itu, melalui program ini juga, pendekatan program yang banyak melibatkan komunikasi dua hala ini mampu melahirkan sistem mentor menti yang berterusan, diharapkan agar ianya bukan hanya berlangsung semasa program bahkan selepas program, dengan menjadikan PERSADA sebagai empat rujukan dan orang tengah.

Presiden Persada memberi penerangan kepada peserta

Program ini mendapat sambutan melebihi jangkaan sehingga pada saat-saat terakhir masih ada yang mendaftar. Para peserta yang terlibat melebihi 150 orang yang datang dari pelbagai latar belakang sekolah dari seluruh negeri. Wakil-wakil dari Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Diploma, Ijazah dari bidang kedoktoran, kejuruteraan dan sains sosial hadir bersama membentangkan mengenai kampus masing-masing. Turut hadir wakil dari kampus luar negara termasuk dari timur tengah.

wakil fasi daripada UIA bersama peserta

Majlis penutup program LAMBAI `10 dirasmikan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Yang Berhormat Ustaz Nasir bin Hj Zakaria dengan memberi semangat kepada para peserta untuk terus menyambungkan pelajaran. Program ini berakhir pada pukul 5 petang. Sebahagian ajk perempuan bersama YB Nasir zakaria
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "LAMBAI'10 MEMBENTUK PARADIQMA"