Tuesday, November 23, 2010

Tiga Kem untuk pelajar sempena cuti sekolah

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menganjurkan tiga kem cuti sekolah khusus untuk pelajar dan lepasan pelajar bagi tujuan membangunkan sahsiah diri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi serta Teknologi Maklumat serta Komunikasi, YB. Dr. Ismail Salleh, tiga kem yang dianjurkan setiap tahun itu mendapat sambutan di luar dugaan apabila jumlah permohonan melebihi daripada sasaran.

Setakat ini, penyertaan sudah hampir penuh dan sebab itu, kita menganjurkannya setiap tahun bagi membolehkan pelajar lain berpeluang mengikuti program ini. Malah, ibu bapa amat berpuas hati dengan perubahan pada anak mereka setelah selesai mengikuti kem ini,” ujarnya.

Beliau berkata, Kem Anak Soleh (KAS) terbuka kepada peserta berumur 11 hingga 12 tahun yang diadakan di empat sekolah melibatkan 1,000 peserta.

Dr. Ismail menjelaskan, sekolah terbabit ialah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDA) di Alor Setar, Sekolah Menengah Agama Zubaidiyah di Merbok, Sekolah Rendah Integrasi Faizin (SAIF) di Guar Chempedak dan Sekolah Menengah Baqiyatus Solehat di Langkawi.

Kem Bina Insan (KBI) pula khusus untuk pelajar berumur 13 hingga 15 tahun melibatkan 500 peserta dan tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah di Kupang, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum di Pokok Sena dan Sekolah Menengah Baqiyatus Solehat di Langkawi,” katanya.

Beliau memberitahu, kedua-dua kem tersebut akan diadakan serentak bermula 22 hingga 25 November 2010.

Dr. Ismail menjelaskan, Kem Bina Sahsiah (KBS) pula memberi tumpuan kepada peserta berumur 16 hingga 18 tahun iaitu pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) melibatkan 280 peserta yang diadakan di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum, Pokok Sena.

Kita mahu remaja di negeri ini mengenal dan mengetahui kewajipan menunaikan solat selain cuba memupuk nilai kasih sayang pada diri mereka dan pada masa yang sama, menanam nilai kasih sayang kepada kedua ibu bapa dan keluarga termasuk menghargai masa depan mereka,” ujarnya.

Tambahnya, kem ini berjaya melahirkan generasi yang mampu menyeimbangkan hal duniawi dan ukhrawi sebagai pilihan jalan hidup peserta.

KBS diadakan dua kali setahun sejak 2008 dan pihak kami memperbanyakkan KBI dan KAS kerana ada permintaan yang tinggi daripada waris. Dengan adanya permintaan yang tinggi itu, kami akan adakan KBI dan KAS untuk siri kedua pada cuti sekolah ini,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kem ini, bolehlah menghubungi Sekretariat Pembangunan Insan di talian 019-5909733 atau layari blog:


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Tiga Kem untuk pelajar sempena cuti sekolah"