Monday, June 20, 2011

PERSADA : Mahasiswa Dan Anak Muda Benci Utusan Malaysia


Alor Setar, 20 Jun – Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun yang lalu sambil menyifatkan ia menghina para ulama umumnya dan agama Islam khasnya. Sehubungan dengan itu PERSADA telah membuat satu laporan Polis terhadap pelukis kartun tersebut dan Utusan Malaysia di IPD Kota Setar pada 18 Jun yang lalu pada pukul 3.15 petang.“PERSADA : Mahasiswa Dan Anak Muda Benci Utusan Malaysia”
Timbalan Presiden PERSADA Saudara Muhammad Hafizuddin B. Hairudin berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Muhammad Hafizuddin, tindakan Utusan Malaysia membenarkan karikatur itu disiarkan adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan boleh menyebabkan kecelaruan kepada umat Islam dan lebih parah lagi akan menyebabkan orang bukan Islam merasakan seolah-olah undang-undang Islam adalah tidak adil.

“PERSADA memandang serius akan penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan berlarutan.

Manakala Exco PERSADA Saudara Izwan B. Zaini pula berkata “Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran kepada umat, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, PERSADA mewakili seluruh Mahasiswa mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PERSADA meminta supaya para mufti juga turut berperanan menegur pihak Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum Allah ini.

“Sehubungan itu PERSADA memohon supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini, kerana setelah hamper 5 hari perkara ini berlaku masih belum ada kenyatan rasmi yang dikeluarkan” katanya.

Selain itu, tegas Muhammad Hafizuddin, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menegur pihak kerajaan berkaitan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerajaan berhubung membentuk kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat Islam khasnya dan juga kepada masyarakat bukan Islam amnya. Dipersoalkan juga dimanakah peranan menteri agama di saat ini.

“ Sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam. Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam”.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan dan penghinaan terhadap Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia layak diisytiharkan sebagai akhbar yang biadap di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun tersebut,” katanya.

...

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "PERSADA : Mahasiswa Dan Anak Muda Benci Utusan Malaysia"

quaronnezaborski said...

Gambling 101: How to Win at Casino - DRMCD
Gambling 101: How to Win 여주 출장안마 at Casino. 동해 출장샵 Here's our top ten tips to win at Casino. · 1. Don't worry 김천 출장샵 about your winning 인천광역 출장안마 chips and don't make 정읍 출장샵 it any easier. · 2. Get