Sunday, January 4, 2009

Demonstrasi Membantah Kekejaman Israel



SUNGAI PETANI, 2 Januari - Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib menyifatkan 'babi' adalah gelaran yang paling sesuai kepada rejim Yahudi.

"Saudara-saudara sekalian, rejim Yahudi laknatullah telah membunuh saudara seIslam kita di Palestin. Saya merasakan gelaran yang paling sesuai untuk mereka adalah babi!" tegasnya semasa menyampaikan pidato pada demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel terhadap umat Islam Palestin yang diadakan berhampiran Menara Jam Besar di sini, selepas solat Jumaat tadi.


Beliau turut mengajak para demonstrator agar menginsafi kejadian yang berlaku dan berusaha menegakkan Islam di negara sendiri. Kerana katanya, jika Islam tidak dimartabatkan, maka umat Islam di Malaysia juga mungkin menerima nasib yang sama suatu hari kelak.

Adnan Saad pula mempersoalkan badan-badan dunia terutamanya PBB dan Nato yang belum mengambil tindakan ke atas Israel.


Kini usaha yang sedang digerakkan Israel sebenarnya adalah untuk menjajah bumi Palestin dan menghapuskan rakyat Palestin.

"Kita juga menyatakan pendirian kepada mana-mana kerajaan yang mendiamkan diri termasuk Kerajaan Malaysia yang tidak mengambil apa-apa tindakan, khususnya Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan pada hari ini, tidak bertindak dengan satu tindakan yang berkesan. Ini menggambarkan bahawa mereka juga memberi sokongan kepada Israel laknatullah. Kalau inilah yang berlaku, menjadi tanggung jawab kepada kita untuk kita memerangi mereka sebagaimana memerangi Israel," tegas beliau.




Demonstrasi ini disertai lebih 1,000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Turut serta Ahli Dewan Negara, Senator Ir Zamri Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Abdullah Jusoh dan Tan Wei Shu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, Adun Bukit Lada, Ustaz Ahmad I'zzat Mohamed Shauki dan aktivis sosial, Kalai Vanar.
baca lagi...

LANDAS - Program Dakwah al-Qedahi Tahun 2009




SUNGAI PETANI – Ops Sayangi Remaja 1 sempena menjelang ambang Tahun Baru Masehi 2009, tanggal 31 Disembar 2008, di 3 Lokasi : Bandar Sungai Petani, Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai Kedah. Keseluruhan penyertaan sukarelawan dakwah lebih kuran 200 orang dan dibantu oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Pegawai Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah. Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim telah menjadi penyelaras program tersebut. Kumpulan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan latihan sesi petang dan operasi dakwah hingga menjelang Subuh di Pantai Merdeka. Kumpulan sukrelawan dakwah kawasan Tanjung Dawai berkumpul di sekitar pantai Tanjung dawai dibantu oleh pegawai pengutkuasa di sana dan pegawai penguatkuasa PADKM dari Sungai Petani.

LAPORAN OPERASI SAYANGI REMAJA

Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin bin Kassim, Koodinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

07.17 pm

Solat Maghrib & Majlis Bacaan Yasin oleh Bilal Masjid Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai Petani.

08.31 pm

Solat Maghrib & Solat Hajat dipimpin oleh Bilah Masjid Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Doa Solat Hajat di baca oleh Setiausaha Masjid Ibrahim.

09.00 pm

Taklimat dan pendekatan dakwah lapangan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim dan ucapan alu-aluan oleh YB Haji Abdullah bin Jusuh, Exco Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Kedah. Ucapan aluan juga telah disampaikan oleh En Jasini Sulaiman, MKK Kampung Serukam, mewakili aktivis LANDAS.

10.00 pm

Pembahagian kumpulan dan Ops Sayangi Remaja bermula di lokasi luar Village Mall dan Tesco Lagenda Hieghts, Sungai Petani dan kawasan persekitaran bandar Sungai Petani. Maklumat awal pihak Urusetia telah memaklumkan kepada pihak Ketua Polis Daerah Kuala Muda Operasi Sayangi Remaja 1 dan minta pihak keselamatan terlibat sama.

Alhamdulillah keadaan terkawal pada malam tersebut dengan kehadiran pihak polis begitu ramai membuat sekatan disemua jalan utama, menyebabkan anak muda tidak dapat beraksi ganas menunggang motosikal. Aduan awam kepada pihak urusetia keesokan harinya, terdapat ramai kumpulan anak muda bermotosikal menukar arah laluan mereka di kawasan taman perumahan dan membuat bising. Mereka takut melalui jalan-jalan utama kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai lessen memandu yang sah. 100 peratus remaja dan belia terlibat adalah anak-anak melayu Islam.

11.30 pm

Aktivis LANDAS yang berkawal di kawasan dataran Lagenda Hieghts meminta Koodinator Urusetia segera ke lokasi tersebut kerana terdapat ramai remaja sedang mengadakan "Shuffle Dance" dan terdapat dua kumpulan anak muda yang berpakaian t-sirt hitam dengan lambing tengkorak dan manusia yang bersayap. Bunyi dentuman muzik yang membengit cupingan telinga. Maklumat daripada pihak berkuasa MPSP menyatakan pada mulanya mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut.

Atas rayuan mereka untuk memudahkan orang melayu berniaga di kawasan tersebut akhirnya pihak perlisenan memberikan kebenaran secara lisan buat sementara disebabkan YDP MPSP berada di Melaka bersama ahli Majlis Mesyuarat. Malangnya mereka mengadakan pula konsert terbuka dengan dentuman muzik yang kuat dengan acara "Shuffle Dance", tidak mempunyai lisen daripada Majlis Daerah. Pihak kami terpaksa menggambil tindakan menghalang program tersebut daripada diteruskan.

Ketika itu juga kami memaklumkan melalui telefon kepda dua orang Exco Kerajaan Negeri YB Haji Abdullah bin Jusuh yang sedang mengikuti program LANDAS di Pantai Merdeka dan YB Haji Hamdan Mohamed Khalib yang sedang berada dalam majlis sambutan Maal Hijrah di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Akhirnya pihak penganjur terpaksa memohon maaf di atas keterlanjuran mereka mengadakan aktiviti yang menyalahi undang-undang PBT dan Majlis Daerah. Saya bagi pihak urusetia LANDAS meminta pihak kerajaan negeri lebih serius bertindak bersepadu sebarang aktiviti yang negative yang akan meroskkan anak muda melayu Islam.

12.45 am – 02.30 am

Pasukan aktivis LANDAS bersama pihak pegawai-pegawai MPSP meneruskan aktiviti dakwah di dataran jam besar bandar Sungai Petani. Pihak kami telah bersurai jam 03.00 am dan sebahagian lagi meneruskan aktiviti dakwah di Pantai Merdeka serta berakhir menjelang waktu Subuh. Saya bagi pihak urusetia mengucapkan Jazakumullahu Khairan Jazaa' kepada pihak berkuasa MPS dan pihak Pegawai Penguatkuasa PADKM serta aktivis LANDAS yang turut membantu aktiviti dakwah lapangan.

Respon orang ramai yang menghubungi saya, sambutan menjelangnya tahun baru Masehi 2009 kali ini paling aman dan terkawal berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Saya juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kesungguhan pihak keselamatan (polis) dan pegawai-pegawai JPJ yang bertugas pada malam tersebut membuat rondaan dan sekatan jalan raya.


Ustaz Kamaruddin bin Kassim
Koodinator Urusetia
baca lagi...

Friday, January 2, 2009

Perutusan Tahun Baru: Renungan Ke Dalam Diri




Tempoh setahun terasa amat pendek. Ibarat bayi yang baru dilahirkan pada hari ini dengan kulit kemerah-merahan dan lemah badannya, tiba-tiba berubah sebagai seorang kanak-kanak kecil yang memiliki beberapa batang gigi dengan badan mulai bertubuh, mula belajar merangkak dan berjalan. Itulah perumpamaan setahun. Panjang tetapi sekejap. Dalam setahun, ada episod duka, ada kisah ria, dan juga rencam cerita yang terakam sebagai satu simpanan rekod kehidupan.

Setiap tahun kita akan mengira detik 12 malam untuk tiba ke tahun baru, dan setiap kali itulah juga ramai warganegara Malaysia berpusu-pusu keluar bagai kelkatu semata-mata untuk menyambutnya. Apa istimewanya tahun baru? Apakah ia mendatangkan apa-apa erti dan nilaian tertentu? Perkara inilah seharusnya kita renungkan kembali setiap kali kita berbicara tentang kegembiraan menyambut tahun baru. Apakah nilainya tahun baru pada diri kita seandainya perilaku dan sikap masih belum berubah, sedangkan kita semakin berhijrah kepada tahun demi tahun sehingga usia kita juga semakin mencanak? Bermulanya tahun baru bererti kita semakin menghampiri kepada kedewasaan, usia tua serta kematian. Maka, kedatangan tahun baru seharusnya dinantikan dengan renungan dan muhasabah ke dalam diri tentang apakah yang telah kita lakukan dalam tempoh setahun yang telah berlalu. Apakah amal yang telah kita kerjakan sebagai bekal jalan ke hadapan? Mencukupi atau tidak? Sia-sia atau bermanfaat? Perlukah diperbaiki atau ditebus kembali? Inilah perkara-perkara yang harus kita fikirkan semula, bukan semata-mata menyambut tahun baru yang menyusul dengan berhibur, membuang masa dan semakin hanyut ditelan gelombang alpa.

Sempena kedatangan Tahun Baru 2009 yang baru sahaja berusia 2 hari, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru 2009 kepada seluruh rakyat Malaysia, mahasiswa amnya dan mahasiswa Kedah khususnya, sambutlah tahun baru ini dengan terus memperbaiki diri, memuhasabah dan menilai diri sendiri dari masa ke masa supaya cela dan lompang dapat ditampal segera, dan tingkatkanlah azam dan semangat untuk terus berusaha mencari ilmu dan beramal untuk agama, nusa dan bangsa. Selamat Tahun Baru 2009!

Mohd Faisal bin Mustaffa,
Presiden Penaja,
Persatuan Mahasiswa Kedah Darul Aman
(PERSADA).
baca lagi...