PEMBENTANGAN BAJET 2010 NEGERI KEDAH

Posted By PERSADA On 17 NOV 09

ALOR SETAR, 17 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat. Empat strategi tersebut ialah...

Hubungan Kerjasama Dengan MACMA

Posted By PERSADA On 1 NOV 09

Kuala Lumpur ; Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada) telah mengadakan kunjungan hormat bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).pertemuan tersebut diadakan pada petang Rabu 28 Oktober yang lalu di pejabat urusan MACMA jalan Ipoh,Kuala Lumpur...

Sejarah Pendidikan di Negeri Kedah

Posted By PERSADA On 21 OKT 09

Pendidikan merupakan aspek penting yang membentuk sebuah masyarakat dan negara yang bertamadun,berdaya saing dan berilmu tinggi.Pendidikan memainkan peranaan penting dalam membentuk dan mencorak generasi yang berilmu dan bersahsiah tinggi. Maka atas dasar itu wujud sistem pendidikan di Tanah Melayu juga di negeri Kedah...

SPRM DIGESA

Posted By PERSADA On 14 OKT 09

Alor Setar,14 okt : - Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA Kedah) menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) segera menyiasat isu tender penebangan semula getah di Tanah Rancangan Felda Bukit Tangga,Changloon,Kedah...

SISTEM E-VOTING

Posted By PERSADA On 8 OKT 09

ALOR SETAR,7 OKT : Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA KEDAH) hari ini meminta Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) telus dan menghormati prinsip demokrasi.Tindakan kementerian tersebut ingin melaksanakan sistem e-voting di semua IPT pada pilihanraya kampus(PRK) akan datang telah mencalarkan prinsip kerahsiaan,ketelusan dan kebolehpercayaan yang menjadi elemen penting dalam proses pengundian...

ISU KARTIKA

Posted By PERSADA On 7 OKT 09

Jika ada anugerah untuk wanita paling popular bagi beberapa bulan ini pasti jatuh kepada pemilik bertuah yang bernama Kartika Seri Dewi Sukarno.Sudah pasti Datuk Siti Nurhaliza ataupun Maya Karin akan menggigit jari tewas hanya kepada seorang bekas model yang baru beberapa bulan menonjolkan diri.Mahu tidak popular sampai mendapat liputan meluas media asing seperti BBC,CNN ,Al-Jazeera dan para pemimpin negara...

PEMBENTANGAN BAJET 2010 NEGERI KEDAH

Posted by Persatuan Mahasiswa Darul Aman On 8:58 PM 0 comments

ALOR SETAR, 17 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Empat strategi tersebut ialah Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, membangunkan modal insan; Meningkatkan kesejahteraan Rakyat dan Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,279,614,642 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM512,186,574, anggaran pembangunan sebanyak RM 347,541,580 dan anggaran bekalan air sebanyak RM419,886,488.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 42 peratus adalah untuk bayaran emolumen; 34 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap; 20 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan dan 1 peratus untuk perolehan aset.

Sementara itu bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan sebanyak 65 peratus untuk program prasarana; 20 peratus untuk pentadbiran; 8 peratus untuk pertanian, 6 peratus untuk agama dan sosial; dan0.34 peratus untuk ICT.

Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM496,085,253. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM281,314,403; hasil bukan cukai RM60,951,470 dan Terimaan Bukan Hasil RM153,819,380.

Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu (RM487,478,010).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM16,101,321 iaitu sebanyak 3.16 peratus berkurangan berbanding tahun 2009 sebanyak RM17,529,747 (3.47 peratus).

Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula hari ini dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pagi tadi.
| edit post

Hubungan Kerjasama Dengan MACMA

Posted by Persatuan Mahasiswa Darul Aman On 4:52 PM 0 comments
Kuala Lumpur ; Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada) telah mengadakan kunjungan hormat bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).pertemuan tersebut diadakan pada petang Rabu 28 Oktober yang lalu di pejabat urusan MACMA jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

Tujuan pertemuan tersebut diadakan ialah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Persada Kedah dan MACMA itu sendiri disamping berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai budaya dan dan cara hidup masyarakat Cina khususnya kaum Cina yang tinggal di Malaysia

Pertemuan selama 2 jam bersama Setiausaha Agong MACMA saudara Ann Wan Seng dapat memberikan maklumat dan perkongsian berharga buat Persada mengenai maklumat dan cara untuk mendekati masyarakat cina terutamanya golongan mahasiswa Cina untuk bersama-sama Permadah disamping memupuk semangat perpaduan antara kaum.


Syazwan sedang bertanyakan sesuatu


Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Presiden Persada Saudara Syazwan b Ahmad bersama beberapa orang pimpinan Persada yang lain termasuklah beberapa orang wakil daripada Permadah Universiti Malaya,Darul Quran dan Universiti Sains Islam Malaysia(Usim),UIA,UKM dan lain-lain.


| edit post

Isu Memali :Persada desak Kosmo! tarik kenyataan fitnah

Posted by Persatuan Mahasiswa Darul Aman On 5:36 PM 0 comments
Langkawi 29 Okt 12.15 a.m | Persatuan Mahasiswa Kedah darul Aman (PERSADA kedah) menggesa akhbar Kosmo! supaya menarik semula kenyataan yang mendakwa bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya sebagai sesat.

Setiausaha Agong PERSADA Kedah , Mohd Al-hafiz Adnan mendakwa bahawa kenyataan akhbar kosmo! yang diterbitkan pada Isnin 26 oktober lalu merupakan satu kenyataan fitnah dan tidak benar.

Mewakili PERSADA,beliau mengecam tomahan tersebut dan meminta agar pihak Kosmo! memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut.

“Perkara tersebut sudah lama selesai dan tidak perlu di bangkitkan apatah lagi memfitnahnya sebagai sesat..”

“Majlis fatwa Negeri Kedah sendiri pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang meninggal dalam tragedi Memali adalah tidak sesat dan meninggal sebagai seorang syuhada atau mati syahid “ –Ujarnya lagi.

Berikutan itu,beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH UM) akan membincangkan perkara susulan berkaitan ini dan kemungkinan besar akan menyarankan pihak yang terlibat dengan peristiwa tersebut (ahli keluarga mangsa) mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Kosmo!.

Kes ini tidak pernah dibicarakan di mahkamah walaupun sudah beberapa kali tuntutan fail terhadap peristiwa ini dilakukan.

Dalam peristiwa Memali,Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak polis pada 19 November 1985 yang dinamakan operasi Hapus pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dalam operasi tersebut ,berlaku pertempuran di antara penduduk Kampung Memali dengan anggota polis yang telah mengorbankan seramai 18 jiwa manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.
| edit post

Sejarah Pendidikan di Negeri Kedah

Posted by Persatuan Mahasiswa Darul Aman On 8:44 PM 0 comments

Kolej Sultan Abdul Hamid

Pendidikan merupakan aspek penting yang membentuk sebuah masyarakat dan negara yang bertamadun,berdaya saing dan berilmu tinggi.Pendidikan memainkan peranaan penting dalam membentuk dan mencorak generasi yang berilmu dan bersahsiah tinggi.Maka atas dasar itu wujud sistem pendidikan di Tanah Melayu juga di negeri Kedah.

Sistem pendidikan di Negeri Kedah ini sebenarnya telah pun wujud sebelum tahun 1900 lagi. Ia bermula dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok yang memberi didikan agama Islam. Negeri Kedah sendiri terkenal dengan ramainya tokoh ulama malahan di antara tahun 1850 sehingga 1935, terdapat lebih 60 orang ulama sama ada anak tempatan mahu pun ulama-ulama dari luar misalnya Kelantan, Patani dan Sumatera. Di antara tokoh ulama yang terkenal ialah Tuan Hussain Kedah dan Haji Wan Sulaiman bin Haji Wan Siddik. Kewujudan sekolah-sekolah pondok inilah yang telah merintis jalan ke arah wujudnya sekolah-sekolah Melayu di Negeri Kedah ini. Sejauh yang dapat dikesan, Sekolah Jawi Padang Lepai merupakan sekolah pertama yang wujud iaitu di sekitar tahun 1861.


Kedah merupakan salah sebuah tempat persinggahan peniaga dan pedagang daripada Arab, Parsi dan India. Kebanyakkan pedagang ini beragama Islam. Selain membawa barang dagangan mereka juga menyebarkan Islam ke tempat yang mereka singgahi. Terdapat bukti yang menunjukkan Islam sampai ke Kedah lebih awal daripada negeri lain. Antaranya sejarah Kedah mencatatkan seorang ulama’ Arab, Syeikh Abdullah al-Yamani telah datang ke Kedah dan mengislamkan Maharaja Darbar Raja II (kemudiannya digelar Sultan Muzaffar Shah I) pada tahun 531h (1136m). Beliau kemudiannya menjadi guru agama sultan dan menetap di Kedah. Hasilnya, pendidikan Islam telah bermula di negeri Kedah seiring dengan kemasukan agama Islam. Ini ditambah dengan faktor sejarah hubungan dengan Patani dan Acheh yang terkenal sebagai tempat pengajian Islam. Ramai ulama’ daripada tempat ini yang datang ke Kedah dan mendirikan tempat pengajian. Antaranya ialah Syeikh Jarum di Derga dan Pak Cu Him di Gajah Mati.


Pondok Pak Ya

Sekolah-sekolah Melayu di Negeri Kedah ini telah mampu berkembang dengan pesatnya adalah kerana dorongan yang kuat daripada Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Aziz, Raja Muda Kedah (1896-1907). Pada masa inilah munculnya beberapa buah sekolah seperti di Kulim (1896), di Jalan Baharu, Alor Setar (1897) dan di Yan (1900). Beliau yang juga selaku Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama pada tahun 1905 telah memberi tanggungjawab membangunkan sekolah-sekolah kepada Pegawai-pegawai Daerah dan Pembesar. Pada tahun 1907, Ku Yahaya bin Ku Zainol Abidin telah dilantik sebagai Penguasa Pelajaran Kedah yang pertama. Perlantikannya ini adalah bertujuan untuk menguruskan pembukaan sekolah-sekolah di mana perlu di negeri ini.

Apabila Inggeris mula memerintah negeri ini pada tahun 1909, perkembangan pendidikan di Negeri Kedah didapati semakin pesat. Ketika ini Bahasa Inggeris amat diutamakan. Sehubungan itu munculah sekolah-sekolah Inggeris seperti Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1908 di Alor Setar. Bagaimanapun masalah yang terpaksa dihadapi ialah kurangnya sambutan daripada orang-orang Melayu. Ini kerana Pelajaran Agama Islam tidak diajar. Untuk mengatasi masalah ini pelajaran agama mula diadakan dan ia ditadbir oleh Jabatan Agama Islam. Pelajaran biasa diadakan di sebelah pagi sementara pelajaran agama di sebelah petang. Pada masa ini juga pelajaran bercampur di antara lelaki dan perempuan tidak di benarkan. Untuk mengatasi masalah ini, sebuah sekolah perempuan telah dibuka iaitu di Jalan Baharu pada 23hb November 1907.

Bagaimanapun pendudukan Jepun pada tahun 1940 telah mengubah senario pendidikan di Negeri Kedah pada masa itu. Apa yang jelas pada masa perang ini ialah perkembangan sekolah telah terbantut. Bilangan sekolah tidak bertambah sebaliknya jauh merosot jika di bandingkan zaman sebelumnya.

Apa yang dapat dikesan, pada zaman Jepun ini hanya muncul dua atau tiga buah sekolah sahaja misalnya di Bandar Baharu sebuah sekolah rakyat di Sungai Kechil Ulu telah diwujudkan pada tahun 1943. Di Padang Terap, Penghulunya telah mengasaskan Sekolah Melayu Tandop dan di Kota Setar sebuah sekolah rakyat telah didirikan di Kampung Tok Keling. Bilangan sekolah-sekolah Melayu sama ada yang dibantu oleh kerajaan ataupun yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat menjelang Perang Dunia Kedua telah merosot. Satu demi satu sekolah telah ditutup. Penutupan sekolah ini berkaitan dengan beberapa hal tertentu misalnya di selatan Negeri Kedah beberapa sekolah telah digunakan sebagai markas tentera Jepun dan ini mengakibatkan kemusnahan kepada bangunan dan harta benda sekolah.

Di daerah Kuala Muda, guru besar Sekolah Kota Kuala Muda, isteri beliau dan seorang guru penolong telah terkorban akibat ledakan bom. Di daerah Sik, hanya Sekolah Melayu Sik yang terus dibuka sementara di daerah Yan hanya enam buah sekolah yang masih dibuka manakala yang lainnya terpaksa ditutup. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemerosotan dari segi bilangan sekolah ini. Antaranya ialah sikap pemerintah Jepun yang tidak memberi perhatian kepada pelajaran. Pembinaan sekolah-sekolah baru juga tidak digalakkan. Faktor kedua adalah berkaitan dengan ekonomi di mana kejatuhan ekonomi menyebabkan rakyat lebih mementingkan makanan daripada memberi pelajaran untuk anak-anak mereka. Ketiadaan guru juga merupakan salah satu faktor kemerosotan sekolah-sekolah ini. Ada guru yang enggan meneruskan tugas masing-masing kerana pendapatan yang rendah dan ini sudah tentu tidak mencukupi untuk menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan pada zaman selepas perang. Bagaimanapun satu perkembangan yang jelas pada zaman Jepun ini ialah pelajaran campuran di antara murid lelaki dan perempuan telah dimulakan. Mulai zaman ini sekolah yang dulunya khas untuk pelajar lelaki telah menerima kemasukan pelajar perempuan sedangkan sekolah-sekolah perempuan terus mengekalkan status keperempuanannya. Selepas pemerintahan Jepun, pelajaran campuran ini terus dikekalkan. Selepas berakhirnya pendudukan Jepun pada tahun 1945 kerajaan Inggeris kembali menguasai negeri ini. Sekolah-sekolah kerajaan dibuka semula mengikut jadual sebelum perang. Bilangan sekolah juga telah bertambah tahun demi tahun. Sehingga tahun 1953, terdapat 203 buah sekolah iaitu sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Sehingga pertengahan 1950an darjah yang paling tinggi ialah darjah lima. Peperiksaan naik darjah juga di adakan pada setiap akhir tahun. Di antara pelajaran yang diajar ialah Rencana, Bahasa, Congak, Ilmu Alam dan sebagainya.

Selepas merdeka, Sekolah Rakyat Bantuan Penuh Kerajaan dan sekolah-sekolah Rakyat Persendirian diambil-alih secara beransur-ansur oleh kerajaan. Pada tahun 1961, diwujudkan satu Dasar Pelajaran Kebangsaan, yang meliputi seluruh Persekutuan Tanah Melayu termasuk Negeri Kedah. Dasar ini termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Akta ini adalah berdasarkan Laporan Rahman Talib 1960 dan Laporan Razak 1965. Satu kesan penting yang dapat dilihat ialah dasar ini membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran hingga ke sekolah menengah sama ada di aliran Melayu ataupun Inggeris. Ini berlaku pada tahun 1964, apabila Peperiksaan Masuk Ke Sekolah Menengah dihapuskan. Hasilnya berlaku pertambahan pesat kemasukan pelajar ke sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah.

Kedah merupakan negeri ilmu yang banyak melahir para ulama dan tempat kunjungan mereka. Ini terbukti dengan munculnya ratusan pondok di seluruh negeri. Hasilnya ilmu pendidikan Islam tersebar luas melalui sistem pengajian pondok yang dibentuk pada suatu ketika dahulu dan melahirkan para ilmuan Islam sampai ke hari ini.

Oleh Unit Penyelidikan PERSADA


| edit post

    Alamat PERSADA

    1. Sekretariat PERSADA, No 8, Jalan 19/13 A, 46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 2.Sekretariat PERSADA Pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Insaniah 05350, Alor Star, Kedah Darul Aman sumbangan boleh dibuat ke atas nama (akaun Bank Islam): PERSATUAN MAHASISWA DARUL AMAN (PERSADA) 12-047-01-004609-2 untuk pertanyaan boleh hubungi talian PERSADA di no 04-7352742/0195638104 Fax :04-7320164

    Short Info

    Untuk makluman laman disebabkan web www.siswakedah.com mengalami masalah server. Pihak admin menjadikan laman persadakini sebagai laman rasmi kedua.