Tuesday, November 17, 2009

PEMBENTANGAN BAJET 2010 NEGERI KEDAH


ALOR SETAR, 17 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Empat strategi tersebut ialah Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, membangunkan modal insan; Meningkatkan kesejahteraan Rakyat dan Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,279,614,642 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM512,186,574, anggaran pembangunan sebanyak RM 347,541,580 dan anggaran bekalan air sebanyak RM419,886,488.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 42 peratus adalah untuk bayaran emolumen; 34 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap; 20 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan dan 1 peratus untuk perolehan aset.

Sementara itu bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan sebanyak 65 peratus untuk program prasarana; 20 peratus untuk pentadbiran; 8 peratus untuk pertanian, 6 peratus untuk agama dan sosial; dan0.34 peratus untuk ICT.

Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM496,085,253. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM281,314,403; hasil bukan cukai RM60,951,470 dan Terimaan Bukan Hasil RM153,819,380.

Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu (RM487,478,010).

Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM16,101,321 iaitu sebanyak 3.16 peratus berkurangan berbanding tahun 2009 sebanyak RM17,529,747 (3.47 peratus).

Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula hari ini dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pagi tadi.
baca lagi...

Sunday, November 1, 2009

Hubungan Kerjasama Dengan MACMA

Kuala Lumpur ; Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada) telah mengadakan kunjungan hormat bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).pertemuan tersebut diadakan pada petang Rabu 28 Oktober yang lalu di pejabat urusan MACMA jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

Tujuan pertemuan tersebut diadakan ialah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Persada Kedah dan MACMA itu sendiri disamping berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai budaya dan dan cara hidup masyarakat Cina khususnya kaum Cina yang tinggal di Malaysia

Pertemuan selama 2 jam bersama Setiausaha Agong MACMA saudara Ann Wan Seng dapat memberikan maklumat dan perkongsian berharga buat Persada mengenai maklumat dan cara untuk mendekati masyarakat cina terutamanya golongan mahasiswa Cina untuk bersama-sama Permadah disamping memupuk semangat perpaduan antara kaum.


Syazwan sedang bertanyakan sesuatu


Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Presiden Persada Saudara Syazwan b Ahmad bersama beberapa orang pimpinan Persada yang lain termasuklah beberapa orang wakil daripada Permadah Universiti Malaya,Darul Quran dan Universiti Sains Islam Malaysia(Usim),UIA,UKM dan lain-lain.


baca lagi...