Monday, June 20, 2011

PERSADA Anjur Program Jom Ke Menara Gading (JOMEGA 11) Untuk Anak-anak Kedah

Program "JOMEGA '11" anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman dengan kerjasama Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah. Terbuka kepada lepasan SPM, Matrik, STPM dan STAM.

Untuk mendaftar sila SMS: ke 0194412195 (Syafiq) atau 0139148274 (Hazwani). Untuk maklumat lanjut, sila ke http://jomega11.blogspot.com/

TENTATIF JOMEGA ‘11


HARI PERTAMA: 23 Julai 2011 (Sabtu)
10.00 am : Pendaftaran peserta
11.00 am : Taklimat Program
11.30 am : Ucaptama
Oleh: YB. Dr. Haji Hamdan Bin Mohamed Khalib
(Exco Kerajaan Negeri Kedah)
12.45 pm : Makan tengah hari & solat Zohor berjemaah
2.00 pm : Ceramah 1
Tajuk: Jom Masuk U
Oleh: Ustaz Syaari bin Abd Rahman
3.30 pm : Latihan Dalam Kumpulan 1
4.30 pm : Minum petang dan solat Asar berjemaah
5.00 pm : Riadah
6.30 pm : Khidmat diri,makan malam, solat Magrib & Isya’ berjemaah serta kuliah ilmiah.
8.50 pm : Ceramah 2
Tajuk: Campus Life
Oleh: Ustaz Dzulkhairi Bin Mad Nor
10.20 pm : Latihan dalam kumpulan 2 (LDK)
11.30 pm : Night walk & muhasabah diri
1.30 am : Tidur

HARI KE DUA: 24 Julai 2011 (Ahad)
4.30 am : Khidmat diri, Qiayamullail, solat Subuh berjemaah & kuliah Subuh
7.00 am : Riadah
8.00 am : Sarapan pagi
8.30 am : Ceramah
Tajuk: Kaedah Pengurusan di Universiti
Oleh: Ustaz Mohd Faisal Bin Mustafa
10.00 am : Minum pagi
10.10 am : Latihan dalam kumpulan 3 (LDK)
11.30 pm : Pembentangan kumpulan
1.30 pm : Makan tengah hari & solat Zohor berjemaah
2.30 pm : Diskusi Bicara Siswa
Tajuk : Peranan Mahasiswa
Oleh : 1) Ustaz Idris Yusuf (Mantan Presiden GAMIS)
2) Ustazah Nazirah (Mantan Presiden SIGMA GAMIS)
4.30 pm : Minum petang & solat Asar berjemaah
5.00 pm : Slot Khas Bersama Fasilitator (sharing is caring)
6.00 pm : Majlis wida’
6.30 pm : Bersurai...

Jom Pakat Mai Ramai-ramai..
baca lagi...

PERSADA : Mahasiswa Dan Anak Muda Benci Utusan Malaysia


Alor Setar, 20 Jun – Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun yang lalu sambil menyifatkan ia menghina para ulama umumnya dan agama Islam khasnya. Sehubungan dengan itu PERSADA telah membuat satu laporan Polis terhadap pelukis kartun tersebut dan Utusan Malaysia di IPD Kota Setar pada 18 Jun yang lalu pada pukul 3.15 petang.“PERSADA : Mahasiswa Dan Anak Muda Benci Utusan Malaysia”
Timbalan Presiden PERSADA Saudara Muhammad Hafizuddin B. Hairudin berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Muhammad Hafizuddin, tindakan Utusan Malaysia membenarkan karikatur itu disiarkan adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan boleh menyebabkan kecelaruan kepada umat Islam dan lebih parah lagi akan menyebabkan orang bukan Islam merasakan seolah-olah undang-undang Islam adalah tidak adil.

“PERSADA memandang serius akan penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan berlarutan.

Manakala Exco PERSADA Saudara Izwan B. Zaini pula berkata “Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran kepada umat, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, PERSADA mewakili seluruh Mahasiswa mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PERSADA meminta supaya para mufti juga turut berperanan menegur pihak Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum Allah ini.

“Sehubungan itu PERSADA memohon supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini, kerana setelah hamper 5 hari perkara ini berlaku masih belum ada kenyatan rasmi yang dikeluarkan” katanya.

Selain itu, tegas Muhammad Hafizuddin, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menegur pihak kerajaan berkaitan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerajaan berhubung membentuk kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat Islam khasnya dan juga kepada masyarakat bukan Islam amnya. Dipersoalkan juga dimanakah peranan menteri agama di saat ini.

“ Sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam. Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam”.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan dan penghinaan terhadap Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia layak diisytiharkan sebagai akhbar yang biadap di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun tersebut,” katanya.

...
baca lagi...