Thursday, September 23, 2010

KEMERIAHAN HIMPUNAN AIDiLFITRI BELIA DAN MAHASISWA 1431h


ALOR SETAR – Himpunan Aildilfitri Belia dan Mahasiswa telah diadakan pada hari raya ketiga iaitu menjadi satu program tahunan untuk menghimpunkan semua belia dan mahasiswa di seluruh negara tidak terkecuali pelajar-pelajar yang merantau di luar negara. Peluang ini tidak dilepaskan kerana lebih 1000 orang belia dan mahasiswa dapat bertemu secara langsung dengan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Dewan Sri Mentalon, Alor Setar.


Slot 1: Bersama Exco Kerajaan Negeri


Turut menghadiri himpunan kali ini adalah YB Taulan Rasul & YB Dr. Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah. YB Ust Nasir Zakaria , Ahli Parlimen Padang Terap juga hadir diawal program. Saudara Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Presiden GAMIS, Saudara Afwan Afifi, Presiden PERSADA, juga kelihatan hadir semua Mantan Presiden PERSADA bagi tahun-tahun yang lalu.




Slot 2: Bersama Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri


Program tahunan ini bermula dengan ketibaan para hadirin sekitar pukul 9.00 pagi. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Ismail dan persembahan nasyid dari kumpulan Zulfan memeriahkan lagi himpunan tersebut. Pada pukul 11.00 pagi, Menteri Besar Kedah tiba di Dewan Sri Mentalon.


Persembahan yang menghiburkan


Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa generasi muda adalah generasi pelapis untuk membantu kelangsungan kemandirian kerajaan pada masa akan datang. Dalam ucapannya juga, Menteri Besar mengingatkan kerajaan Kedah sekarang dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa berbilang kaum mengikut acuan Islam. Agenda utama yang ditekankan oleh beliau ialah agenda pendidikan, kemiskinan dan pertanian kerana agenda ini merupakan asas dalam mentamadunkan negeri Kedah.





Beliau juga berharap agar Belia dan Mahasiswa dapat belajar bersungguh-sungguh kerana masa inilah peluang terbaik bagi mereka untuk mencari pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.



Himpunan tersebut berakhir pada waktu zohor dengan Jamuan Rakyat yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri.



..................................................................................................................................

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN

PERSADA KEDAH MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431h


baca lagi...