Tuesday, March 31, 2009

Memilih Kepimpinan Islam



Dilema dalam pemilihan pemimpin bukanlah suatu perkara baru. Isu serupa turut berlaku setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. pada 11 Hijrah bersamaan 632 Masihi. Sebaik baginda menghembuskan nafas terakhir, berlakulah ketegangan di antara golongan Muhajirin dan Ansar yang masing-masing merasakan layak menduduki kerusi khalifah bagi menggantikan Rasulullah S.A.W. Namun setelah berlangsungnya perdebatan sederhana di Saqifah Bani Saidah, pemilihan yang memihak kepada Saidina Abu Bakar R.A. itu akhirnya mampu menyatukan ikrar taat setia kepadanya. Kepemimpinan dalam Islam merupakan satu instrumen penting bagi melindungi agama dan mengurus kehidupan di dunia. Justeru, pemimpin itu dapatlah dianggap sebagai bayangan khalifah Allah di muka bumi.

Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. menerusi firman-Nya: “Pemimpin adalah seorang yang mampu memberi manfaat bagi orang yang dipimpinnya.” (Surah al-Maidah, ayat 42). Dengan erti kata lain, seseorang pemimpin itu haruslah memiliki sifat berusaha, kental dan tidak berputus asa dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya.


Seperti yang kita maklumi, umat manusia ditugaskan untuk memimpin dan bertanggungjawab mewujudkan keamanan sejagat. Disebabkan itu, Allah S.W.T. telah menggariskan bahawa kepimpinan hendaklah diamanahkan kepada orang yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T., beramal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan daripada sebarang penyelewengan yang akan menjerumuskan kepada kerosakan.

Firman Allah S.W.T.: “Allah S.W.T. menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhainya untuk mereka. Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang lain. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-Nur ayat 55).

Di samping memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat, seseorang pemimpin itu seharusnya mampu memobilisasi setiap orang yang dipimpinnya untuk memelihara kesucian agama Allah. Peranannya bukan sekadar memastikan kesetiaan rakyat kepada undang-undang dan Perlembagaan negara, tetapi juga mencakupi seluruh undang-undang dan syariat Allah. Sekiranya seseorang pemimpin berjaya membawa pengikutnya kepada ketaatan terhadap hukum Allah, maka secara automatik pula para pengikut tersebut akan menunjukkan taat setia kepada segala peraturan dunia yang tidak bercanggahan dengan kehendak Allah. Allah menukilkan firman-Nya dalam Surah An-Nisa’ ayat 59: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan kepada ulil amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”

Selain itu, seseorang pemimpin haruslah memiliki beberapa kriteria kepemimpinan sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Mawardi, iaitu bersifat adil dalam melaksanakan keadilan terhadap rakyatnya tanpa sebarang diskriminasi, memiliki pengetahuan yang luas dan bersifat universal supaya segala isu dan permasalahan mampu dikupas dengan mendalam dan meyakinkan. Di samping itu, pemimpin juga haruslah memiliki pancaindera yang sihat dan juga sempurna anggota badan supaya segala maklum balas dapat diberikan dengan cepat dan tindakan segera dapat dilakukan. Antara kriteria lain yang perlu ada pada diri seorang pemimpin ialah bersifat kreatif dalam mengatur dan menguruskan hal ehwal rakyatnya, selain memiliki keberanian dan teguh pendirian memlihara rakyat saat kesusahan, dan ini termasuklah ketika menghadapi serangan musuh.

Satu perkara lagi yang tidak harus dipandang enteng oleh setiap yang bergelar pemimpin ialah menjaga peribadi dan akhlaknya. Hal ini demikian, pemimpin adalah contoh ikutan dan lambang kepada orang yang dipimpinnya. Jika pemimpin memiliki sahsiah peribadi yang buruk, maka kepemimpinannya akan sukar untuk ditaati, kata-katanya diragui, malah setiap tindakan dan usaha yang cuba dilakukan akan hanya mengundang putus asa kerana ia sukar mendapatkan kerjasama daripada rakyatnya. Ini kerana peribadinya yang tercemar telah menggoyahkan keyakinan rakyat terhadapnya. Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak, maka rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ahli feqah (ulama).” (Riwayat Ibnu Abdul Bari dan Abu Naim) Hal ini juga bermaksud, setiap perlakuan buruk seorang pemimpin akan turut menjadi ikutan kepada orang yang dipimpin, di mana natijahnya hanya akan membawa kepada kebinasaan dan keruntuhan sebuah ummah.

Kata-kata sabda Junjungan cukup untuk menjadi pedoman dan pegangan ketika ‘kerusi pemerintahan’ sudah ‘dinobatkan’: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang hal kepimpinanmu. Seorang imam (pemerintah negara) adalah pemerintah dan akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)

Di petik daripada www.faisalmustaffa.com
baca lagi...

Monday, March 16, 2009

Mahasiswa perlu nyatakan pendirian bersama dalam isu kerajaan perpaduan



Berikutan kenyataan daripada Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang di dalam ucapan di parlimen baru-baru ini supaya diwujudkan kerajaan perpaduan (unity government) di negara ini. Ianya yang menjadi polemik pada ketika ini. Saya melihat isu ini perlu dikupas secara lebih objektif oleh golongan mahasiswa.

Hal demikian kerana, sudah terang lagi bersuluh kita melihat kerajaan yang sedia ada sanggup melakukan apa sahaja untuk mematikan karier politik pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.


Lihat sahaja dinegeri Perak Darul Ridzuan baru-baru ini, bagaimana pihak yang gilakan kuasa politik ini sanggup membelakangkan perlembagaan semata-mata mahu merampas kepimpinan yang dipilih oleh rakyat.

Sejarah juga pernah menyaksikan bagaimana suatu ketika, PAS yang menyertai UMNO akhirnya ditendang keluar oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, saya melihat mahasiswa seharusnya menggembeling idea dan buah fikiran untuk mengupas isu kerajaan perpaduan ini samaada releven ataupun akan mengulangi sejarah hitam gerakan islam di negara ini.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA KEDAH)
baca lagi...

Sunday, March 15, 2009

Forum Wacana Siasah Pertemukan PAS dan UMNO di Kedah

MPM INSANIAH Anjur FORUM WACANA SIASAH: Halatuju Politik Melayu Selepas Setahun Pilihanraya ke-12

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti INSANIAH akan menganjurkan forum tersebut pada 17 Mac 2009 hari Selasa jam 8.15-11.30 malam di Dewan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah INSANIAH.

Tema forum berkenaan ialah "Politik Melayu: Di Antara Perubahan & Cabaran". Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negeri Kedah dan masyarakat awam dijemput hadir.



Menurut saudara Ammar Badruddin bin Haji Romli, Presiden MPM merangkap Timbalan Presiden PERSADA, objektif forum ini diadakan bagi mengetengahkan dan membincangkan isu-isu politik melayu semasa dan arah halatuju masa depan politik Melayu khususnya di negri Kedah selepas perubahan pentadbiran.

Selain itu, ingin mendedahkan secara langsung idea-idea dan hujah-hujah bernas daripada ahli-ahli panel yang terdiri daripada tokoh politik dan akademik Melayu yang disegani. Secara tidak langsung dapat membuka minda masyarakat dan mahasiswa situasi sebenar disebalik fenomena tranformasi politik melayu yang berlaku di seluruh negara.

Menurutnya lagi, program ilmu seperti ini amat wajar dilaksanakan bagi membuka minda mahasiswa IPT kearah melahirkan mahasiswa berkualiti dan intelektual.



Forum tersebut akan dijayakan oleh 2 orang ahli panel iaitu Yang Berhormat Dato' Haji IR. Amiruddin bin Hamzah (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah) dan Dato' Haji Tajul Urus bin Mat Zain (Ketua Umno Bahagian Merbok).

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai program, hubungi Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar INSANIAH 04 7352742.
baca lagi...

Friday, March 13, 2009

Calon Kedah dapat A1 bertambah


ALOR SETAR 12 Mac - Bilangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di negeri ini yang berjaya memperoleh A1 dalam kesemua mata pelajaran yang diambil bertambah sebanyak 113 orang berbanding 39 pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd. Rahman berkata, peningkatan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan kerana bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat.

"Seramai 402 calon berjaya memperoleh A (A1 atau A2) dalam kesemua mata pelajaran yang diambil berbanding 246 pada 2007.

"Seorang calon, G. Muneswaran dari Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani berjaya mendapat 15A1 dalam peperiksaan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, gred purata keseluruhan ialah 5.663 berbanding 5.800 tahun lalu, manakala sebanyak 49 mata pelajaran telah merekodkan kelulusan 100 peratus berbanding 43 mata pelajaran tahun 2007.

Tambahnya, bilangan mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM 2008 ialah 129.

"Sebanyak tujuh mata pelajaran teras, lima mata pelajaran elektif kemanusiaan, 105 mata pelajaran teknik dan vokasional, empat mata pelajaran Sains, tiga mata pelajaran Pengajian Islam dan lima mata pelajaran tambahan bahasa ditawarkan," jelasnya.

sumber : Utusan Malaysia
baca lagi...

Tuesday, March 10, 2009

Senarai Prof-Prof Penentang PPSMI, Anda Bagaimana?



Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11- 5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038


Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan) . KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan) . KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan) . KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan) . K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan) . KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan) . KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan) . KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032


Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan) . KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi) . KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan) . KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor) . KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan) . KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan) . KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan) . KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

Maklumat lanjut rujuk website:
http://www.kesturi.net/archives/715
Prof. Shaharir Mohamad Zain
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia
baca lagi...

Monday, March 9, 2009

Ke Arah Islamisasi Kebudayaan Kedah



Bertempat di D‘ Chalet Yan, Kedah (Rekreasi Titi Hayun), pada 26 Februari 2009 berlangsung Diskusi Minda Bengkel Hala Tuju kebudayaan Negeri Kedah.

Azizi Hj Abdullah ditugaskan menyampai kertas kerja tentang hala tuju ini. Membentang kertas kerja hampir sejam atas usahasama Majlis Kebudayaan Negeri Kedah di mana Exconya YB Dr. Hamdan Mohamed Khalib (gambar di bawah) sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan, Jabatan Mufti, Hal Ehwal Agama, Kolej Universiti Insaniah, Pusat Islam Universiti Utara, Pegawai Daerah Yan, dan didaya usaha kuat oleh Dr. Zahidi selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah, diskusi berjalan dengan baik.


Majlis ini juga turut menerima kehadiran dan percambahan minda oleh Prof Abdullah Hasan dari Universiti Perguruan Sultan Idris dan isteri beliau Puan Ainon Mohamad dari PTS dan orang kuat PAKSI.


Beliau yang membentang kertas kerja itu dikatakan tidak bertujuan mencari satu bentuk kebudayaan baru untuk negeri Kedah. Baginya dasar dan bentuk kebudayaan yang sedia ada sudah memadai tetapi haruslah ia ditokok tambah, diawasi dan dipantau dari masa ke semasa.



Ia tidak bermaksud akan wujud satu bentuk baru tetapi cukup sekiranya Kedah dapat mencipta satu imej budayanya yang selaras dengan Islam dan nilai murni. Timbul persoalan: SIAPAKAH YANG MAHU? Atau seperti kata Ali Syariati (gambar di atas), SIAPA YANG MAHU MEMULAKANNYA? Kerana ia sebenarnya sudah ada tetapi diselaputi oleh mereka yang tidak gemar apabila disebut Islam.


Puan Ainon Mohamad dari PTS mencadangkan agar membentuk satu jawatan kuasa kerja bagi mengenal pasti apakah bentuk kebudayaan kini dan dapat mengenal pasti pula program atau acara tahunan yang dibiayai secara rasmi oleh kerajaan. Lainnya beliau berharap satu garis panduan budaya, menghasilkan buku induk agar dapat diikuti oleh pihak Kerajaan Tempatan dan Daerah.


Manakala Prof Dr. Mohd Isa Othman menyarankan supaya forum dan bengkel kebudayaan ini diadakan selalu dan tubuhkan badan pelaksana yang ada kuasa eksekutif. Apapun diskusi pada hari tersebut ternyata menjadi titik tolak bagaimana kebudayaan Kedah tidak akan terbiar, dibiar hanyut begitu saja. Sudah ada tanda-tanda bagaimana ia dikawal dan dibaiki supaya menjadi nilai-nilai murni. Contohnya apabila TV9 membuat ‘Suarasa’ baru-baru ini, di mana persembahan hiburan dapat dibendung.


Insya Allah diskusi itu mencapai tujuannya sebagai permulaan membentuk garis panduan, mengangkat martabat kebudayaan dan mencari nilai kebudayaan yang positif berlandaskan Islam.


baca lagi...

Saturday, March 7, 2009

Ayuh Mahasiswa Kedah!!!!


Kurang 3 jam dari sekarang akan tercipta satu lagi sejarah dalam Negara kita dan kemuncak kepada Himpunan 100000 rakyat membantah pelaksanaan PPSMI yang bertempat di Masjid Negara dan beberapa lagi tempat yang di jangka di jadikan tempat berkumpul.

Mahasiswa semua tidak perlu takut akan segala ugutan kerana himpunan ini telah mendapat keizinan dari pihak keselamatan Negara dan kita jadikan medan ini sebagai satu suara kita dalam membantah pelaksanaan PPSMI.

Dengan ini PERSADA menyeru seluruh Mahasiswa Kedah untuk sama-sama turun pada himpunan ini sebagai tanda kita menjunjung Bahasa Ibunda Kita dan tanpa mengenetepikan Bahasa Inggeris.

Ayuh kita gegarkan Negara kita MALAYSIA!!!!
baca lagi...

Monday, March 2, 2009

'Allah' Dalam Bible...Sempurnakan Penghapusan Bahasa Melayu?



Sebelum ini, saya ada bawakan pendapat Cendekiawan Islam, Abu A'la al-Mawdudi tentang bahaya penghapusan Bahasa Ibunda bagi setiap negara-negara yang jadi tempat penjajahan Kolonialisme. Saya cuba bawakan para pembaca untuk kaitkan dengan situasi semasa negara yang berada dalam polemik PPSMI. Kita dapati pelbagai lapisan masyarakat yang bangkit dari PIBG hinggalah Profesor-profesor pejuang bahasa.

Sebelum kita telah 'talqinkan' kematian tulisan jawi yang ada kaitan rapat dengan bacaan al-Quran, kitab hadis, kitab-kitab ulama pondok dan seumpamanya. 'Wafatnya' tulisan jawi secara legal bermakna bermulalah kejatuhan Tamadun Ilmu Alam Melayu yang dulunya rantau melayu ini lebih dikenali dengan panggilan JAWI.

Kini, timbul pula serangan baru iaitu isu penggunaan perkataan Allah dalam Bible dan penerbitan Herald - The Catholic Weekly. Kecelaruan bahasa ini kita dapat fahami dengan bebarapa contoh. Antaranya, Mereka mendakwa “Bible bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ untuk God dan ‘Tuhan’ untuk Lord.” Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah. Cuba bandingkan dengan Rukun Negara pertama dalam bahasa Inggeris: “Belief in God” yang merupakan terjemahan daripada Bahasa Melayu “Kepercayaan kepada Tuhan”. Terjemahan Inggerisnya tidak berbunyi “Belief in Allah”, yang mungkin akan timbulkan polemik kaum dan agama.



Orang-orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab ‘ilah’ digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘God’ dan istilah Melayu ‘Tuhan’; dan apabila istilah Arab ‘Rabb’ digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord’. Justeru, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya “Tiada Tuhan melainkan Allah”, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “there is no God except Allah”.

Sekiranya istilah ‘God’ diterjemahkan sebagai ‘Allah’, maka terjemahan tersebut akan berbunyi “Tiada Allah melainkan Allah” (“There is no Allah but Allah”), yang merupakan satu percanggahan. Ini sudah pasti akan memporak-porandakan pemikiran Bahasa Melayu. Apakah mereka ingin membina pemikiran Bahasa Melayu mengenai peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu? Bahasa Melayu memahami istilah ‘Tuhan’ untuk merujuk kepada God dan bukan istilah Lord.



Walaupun barangkali orang-orang Kristian Arab di Asia Barat menggunakan istilah ‘Allah’, mereka tidak menggunakannya merujuk kepada istilah ‘God’ yang ada dalam Bible atau terjemahan-terjemahan Bible dalam bahasa Arab. Penggunaan pertuturan itu adalah kerana mereka menuruti kelaziman orang Arab yang berkenaan dengan kebudayaannya, bukan untuk membayangkan kepercayaan i‘tiqad yang tertentu. Tambahan lagi, istilah Allah mengandungi kekayaan makna yang tersendiri yang juga sudah meresap murni dalam bahasa Ilmu Nusantara iaitu BAHASA MELAYU.

Akhirnya, mungkinkah kombinasi "Penghapusan JAWI, PPSMI dan 'Allah Dalam Bible dan Herald" boleh dianggap 'Tentera Ahzab Moden' dalam waqi' maliziy (konteks Malaysia)? Cuba bayangkan dakyah Yahud wa Nasara lambat laun lebih mudah menyusup ke dalam masyarakat Islam kelak.

Mohd Hasrul Bin Shuhari
Exco Pembangunan dan Penyelidikan PERSADA.
http://al-qedahi.blogspot.com/
baca lagi...