Friday, March 13, 2009

Calon Kedah dapat A1 bertambah


ALOR SETAR 12 Mac - Bilangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di negeri ini yang berjaya memperoleh A1 dalam kesemua mata pelajaran yang diambil bertambah sebanyak 113 orang berbanding 39 pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd. Rahman berkata, peningkatan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan kerana bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat.

"Seramai 402 calon berjaya memperoleh A (A1 atau A2) dalam kesemua mata pelajaran yang diambil berbanding 246 pada 2007.

"Seorang calon, G. Muneswaran dari Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani berjaya mendapat 15A1 dalam peperiksaan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, gred purata keseluruhan ialah 5.663 berbanding 5.800 tahun lalu, manakala sebanyak 49 mata pelajaran telah merekodkan kelulusan 100 peratus berbanding 43 mata pelajaran tahun 2007.

Tambahnya, bilangan mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM 2008 ialah 129.

"Sebanyak tujuh mata pelajaran teras, lima mata pelajaran elektif kemanusiaan, 105 mata pelajaran teknik dan vokasional, empat mata pelajaran Sains, tiga mata pelajaran Pengajian Islam dan lima mata pelajaran tambahan bahasa ditawarkan," jelasnya.

sumber : Utusan Malaysia
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Calon Kedah dapat A1 bertambah"