Dilema dalam pemilihan pemimpin bukanlah suatu perkara baru. Isu serupa turut berlaku setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. pada 11 Hijrah bersamaan 632 Masihi. Sebaik baginda menghembuskan nafas terakhir, berlakulah ketegangan di antara golongan Muhajirin dan Ansar yang masing-masing merasakan layak menduduki kerusi khalifah bagi menggantikan Rasulullah S.A.W. Namun setelah berlangsungnya perdebatan sederhana di Saqifah Bani Saidah, pemilihan yang memihak kepada Saidina Abu Bakar R.A. itu akhirnya mampu menyatukan ikrar taat setia kepadanya. Kepemimpinan dalam Islam merupakan satu instrumen penting bagi melindungi agama dan mengurus kehidupan di dunia. Justeru, pemimpin itu dapatlah dianggap sebagai bayangan khalifah Allah di muka bumi.
Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. menerusi firman-Nya: “Pemimpin adalah seorang yang mampu memberi manfaat bagi orang yang dipimpinnya.” (Surah al-Maidah, ayat 42). Dengan erti kata lain, seseorang pemimpin itu haruslah memiliki sifat berusaha, kental dan tidak berputus asa dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya.
Seperti yang kita maklumi, umat manusia ditugaskan untuk memimpin dan bertanggungjawab mewujudkan keamanan sejagat. Disebabkan itu, Allah S.W.T. telah menggariskan bahawa kepimpinan hendaklah diamanahkan kepada orang yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T., beramal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan daripada sebarang penyelewengan yang akan menjerumuskan kepada kerosakan.
Firman Allah S.W.T.: “Allah S.W.T. menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhainya untuk mereka. Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang lain. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-Nur ayat 55).
Di samping memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat, seseorang pemimpin itu seharusnya mampu memobilisasi setiap orang yang dipimpinnya untuk memelihara kesucian agama Allah. Peranannya bukan sekadar memastikan kesetiaan rakyat kepada undang-undang dan Perlembagaan negara, tetapi juga mencakupi seluruh undang-undang dan syariat Allah. Sekiranya seseorang pemimpin berjaya membawa pengikutnya kepada ketaatan terhadap hukum Allah, maka secara automatik pula para pengikut tersebut akan menunjukkan taat setia kepada segala peraturan dunia yang tidak bercanggahan dengan kehendak Allah. Allah menukilkan firman-Nya dalam Surah An-Nisa’ ayat 59: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan kepada ulil amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”
Selain itu, seseorang pemimpin haruslah memiliki beberapa kriteria kepemimpinan sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Mawardi, iaitu bersifat adil dalam melaksanakan keadilan terhadap rakyatnya tanpa sebarang diskriminasi, memiliki pengetahuan yang luas dan bersifat universal supaya segala isu dan permasalahan mampu dikupas dengan mendalam dan meyakinkan. Di samping itu, pemimpin juga haruslah memiliki pancaindera yang sihat dan juga sempurna anggota badan supaya segala maklum balas dapat diberikan dengan cepat dan tindakan segera dapat dilakukan. Antara kriteria lain yang perlu ada pada diri seorang pemimpin ialah bersifat kreatif dalam mengatur dan menguruskan hal ehwal rakyatnya, selain memiliki keberanian dan teguh pendirian memlihara rakyat saat kesusahan, dan ini termasuklah ketika menghadapi serangan musuh.
Satu perkara lagi yang tidak harus dipandang enteng oleh setiap yang bergelar pemimpin ialah menjaga peribadi dan akhlaknya. Hal ini demikian, pemimpin adalah contoh ikutan dan lambang kepada orang yang dipimpinnya. Jika pemimpin memiliki sahsiah peribadi yang buruk, maka kepemimpinannya akan sukar untuk ditaati, kata-katanya diragui, malah setiap tindakan dan usaha yang cuba dilakukan akan hanya mengundang putus asa kerana ia sukar mendapatkan kerjasama daripada rakyatnya. Ini kerana peribadinya yang tercemar telah menggoyahkan keyakinan rakyat terhadapnya. Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak, maka rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ahli feqah (ulama).” (Riwayat Ibnu Abdul Bari dan Abu Naim) Hal ini juga bermaksud, setiap perlakuan buruk seorang pemimpin akan turut menjadi ikutan kepada orang yang dipimpin, di mana natijahnya hanya akan membawa kepada kebinasaan dan keruntuhan sebuah ummah.
Kata-kata sabda Junjungan cukup untuk menjadi pedoman dan pegangan ketika ‘kerusi pemerintahan’ sudah ‘dinobatkan’: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang hal kepimpinanmu. Seorang imam (pemerintah negara) adalah pemerintah dan akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya tentang apa yang diperintahkan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)
Di petik daripada www.faisalmustaffa.com

0 comments: on "Memilih Kepimpinan Islam"
Post a Comment