Wednesday, December 23, 2009

Persada Sambut Baik Hasrat Kerajaan Negeri Menyediakan Skim Khairat Kematian Untuk Semua Kaum.

Alor Setar, 23 Disember 2009 - Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Kedah untuk menyediakan skim khairat kematian kepada semua kaum di negeri tersebut. Keputusan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ustaz Azizan Bin Abd Razak itu dilihat sebagai bertepatan dengan konsep perpaduan dan saling tolong menolong yang dianjurkan oleh Islam.

Menurut Exco Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan PERSADA dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Abdul Azim Bin Abd Jamil

“Langkah kerajaan negeri itu bukan sahaja dilihat sebagai satu tindakan yang mesra rakyat malahan ia juga bertepatan dengan moto yang dibawa oleh kepimpinan kerajaan negeri sekarang iaitu Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Mahasiswa Kedah melihat hasrat murni ini telah menyakinkan lagi mahasiswa terhadap kepimpinan kerajaan negeri “.

“ PERSADA turut melahirkan rasa gembira terhadap usaha yang dilaksanakan ini. Tindakan ini akan meringankan bebanan golongan miskin di kampung-kampung dan pelusuk negeri yang tidak berupaya dari segi kewangan ketika mana mereka berada dalam keadaan kesusahan terutamanya ketika menguruskan urusan kematian keluarga “.

“PERSADA juga berharap agar kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan kemudahan yang lebih banyak dan mdah agar rakyat-rakyat miskin di Kedah ini senang untuk mendaftar kedalam senarai e-sinar. PERSADA melihat inisiatif seumpama ini juga peril untuk mengelakkan daripada berlakunya keciciran golongan miskin yang tidak berdaftar dalam senarai e-sinar”.

Dalam perkembangan terbaru ini,kerajaan negeri telah menyediakan satu skim khairat kematian kepada semua kaum dan setiap penerima yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan akan menerima wang skim sebanyak RM500 yang akan diurus tadbir satu unit khas dibawah perbendaharaan negeri yang bakal ditubuhkan bagi melancarkan skim ini. Setiap yang layak perlulah mendaftar terlebih dahulu dalam senarai e-sinar iaitu senarai rakyat miskin Kedah.


baca lagi...

Saturday, December 19, 2009

Program Khidmat masyarakat (Opkim)

Program Khidmat masyarakat (Opkim)

Persatuan Mahasiswa Kedah Darul Aman akan menganjurkan program operasi khidmat masyarakat,ia bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa bersama masyarakat di samping menyelami erti kehidupan dan realiti hidup masyarakat setempat.

Tempat: Guar Cempedak,Yan Kedah

Tarikh : 24 Disember hingga 26 Disember 2009

Anjuran :Persatuan Mahasiswa kedah Darul Aman (Persada)

Kepada Ahli Persada yang berminat,boleh hubungi saudara Amar 0132535610 untuk penyertaan.

cepat!!..penyertaan adalah terhad..siapa cepat dia dapat!!
baca lagi...