Sunday, February 21, 2010

SIMURA Momentum Perubahan Gerakan Mahasiswa .

Dewasa ini, sindrom ketidakpedulian di kalangan mahasiswa terhadap isu-isu kampus dan juga hal ehwal masyarakat kian kritikal dan membimbangkan. Situasi ini mendatangkan impak negatif di dalam membangunkan pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan mahasiswa dan menghasilkan satu generasi yang lemah dari aspek kepimpinan masa depan yang akan memimpin dan menguruskan masyarakat dan organisasi. Mahasiswa adalah generasi pelapis kepimpinan negara. Seharusnya mahasiswa lebih peka dan sensetif permasalahan senario semasa. Maka mahasiswa perlu untuk mendapat informasi dan perlu mengadakan perbincangan agar hala tuju dan kesedaran terarah.

Di atas kesedaran ini, empat buah gerakan mahasiswa iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah, Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM) dan Qiyadah Club bersepakat untuk menganjurkan Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara 2010 (SIMURA 2010) bagi membincangkan segala permasalahan dalam mendepani cabaran dan krisis yang perlu diatasi oleh mahasiswa kini. Maka dengan segenap usaha untuk memberikan informasi yang terkini dan realiti kepada warga kampus, pihak penganjur berhasrat mengadakan program ini supaya akan lahir generasi pelapis kepimpinan negara yang berkaliber dan profesional. Disamping memberikan impak positif pada masyarakat kampus secara khususnya dan negara amnya.

Simposium Mahasiswa islam Wilayah Utara 2010 (SIMURA ‘ 10) merupakan program yang menghimpunkan wakil Mahasiwa Islam bagi seluruh Institut Pengajian Tinggi di Wilayah Utara. SIMURA 10 memfokuskan kepada program ilmiah yang mendedahkan dalam pelbagai bentuk siri pembentangan kertas kerja dan forum khusus membincangkan aspek-aspek yang berkaitan mahasiswa secara langsung dan bertujuan membuka dan merubah minda mahasiwa Islam dalam mendepani cabaran globalisasi.

Dengan sepenuh harapan buah fikiran yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh dalam SIMURA 10 dapat membuahkan resolusi yang akan memberi momentum yang besar pada perubahan gerakan mahasiswa islam yang lebih berintergriti dan progresif.
2. OBJEKTIF

2.1. Membina Kesatuan Dan Jaringan Hubungan Kemahasiswaan.

“ Menyatukan mahasiswa Islam dengan merapatkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mahasiswa Islam di seluruh Malaysia”
2.2. Kepimpinan dan keusahawanan
“ Menjana warga kampus yang berkeyakinan tinggi, matang dan intelek serta mampu berdaya saing untuk mendepani cabaran global”
2.3. Intergriti dan etika.
“ Menanam sikap intergriti dan etika yang tinggi didalam diri dan jiwa mahasiswa sebagai modal insan yang akan berperanan di alam kerjaya”
3. TEMA
"Mahasiswa Utara Memimpin Perubahan Negara"
4. ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)
5. DENGAN KERJASAMA
Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM)
Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM)
Qiyadah Club (QC)
6. TARIKH / HARI
5 dan 6 Mac 2010

7. TEMPAT
Dewan Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Alor Setar, Kedah
8. SASARAN
Mahasiswa Islam KAMPUS WILAYAH UTARA
Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah
Jangan lepaskan peluang! Mari hadiri bersama. Keterangan lanjut lawati link http://www.simurakuin.blogspot.com/
baca lagi...