Wednesday, April 28, 2010

KES AMINULRASYID : HUKUMAN SETIMPAL JIKA TERBUKTI BERSALAH


28 April 2010 : Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA Kedah) hari ini menggesa pihak yang terlibat dalam kematian soorang remaja bernama Aminulrasyid dikenakan hukuman yang setimpal jika terbukti bersalah.Hal ini bagi memastikan pihak yang terlibat mendapat pengajaran yang setimpal diatas kecuaian yang belaku dan bagi mengelakkan perkara ini tidak berulang.

Menurut Presidennya saudara Syazwan Bin Ahmad,pihak polis tidak harus menembak remaja terbabit kerana remaja terbabit bukanlah penjenayah atau mengancam keselamatan polis bahkan jika ia penjenayah sekalipun harus mengikut prosedur yang betul.Tindakan polis terus menembak walaupun keretanya sudah bergerak perlahan dan kemudiannya membelasah rakan mangsa merupakan tindakan yang melampau. Baginya pihak yang berkuasa haruslah professional dalam menjalankan tugasan agar kredebiliti mereka sebagai pihak yang menjaga keselamatan dipandang tinggi.Mengulas kenyataan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hasan yang tidak mahu masyarakat membuat andaian awal sebelum siasatan lengkap diperolehi,pihaknya merasakan sukar untuk mengelakkan masyarakat membuat andaian awal kerana “sudah terang lagi bersuluh”.




Pihak polis tidak harus menembak remaja terbabit kerana remaja terbabit bukanlah penjenayah atau mengancam keselamatan polis bahkan jika ia penjenayah sekalipun harus mengikut prosedur yang betul.Tindakan polis terus menembak walaupun keretanya sudah bergerak perlahan dan kemudiannya membelasah rakan mangsa merupakan tindakan yang melampau
."


Justeru itu,pihaknya mencadangkan agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil serta pihak yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal supaya perkara ini tidak berulang.Hal ini kerana nyawa seorang manusia sangat bernilai dan setiap nyawa yang terkorban harus dipertanggungjawabkan apatahlagi jika nyawa insan yang tidak bersalah.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KES AMINULRASYID : HUKUMAN SETIMPAL JIKA TERBUKTI BERSALAH"