Thursday, July 2, 2009

PERSADA : MT Pakatan Rakyat Digesa Campur Tangan Terhadap Isu di Kedah


Kuala Lumpur : Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA KEDAH) menggesa Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat campurtangan dalam isu DAP di Kedah.Menurut Presidennya saudara Syazwan Bin Ahmad perkara ini harus diberi perhatian kerana ia juga melibatkan kepercayaan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS.Beliau mengakui sedikit terkejut dengan isu tersebut kerana ia bukan sahaja membabitkan Majlis Bandaraya Alor Alor Setar(MBAS) dan pengusaha Rumah Penyembelihan Babi tetapi juga mengheret parti politik.
“Tindakan DAP mungkin mempunyai kaitan dengan isu-isu sebelum ini seperti pemberian kuota 50 peratus milikan Hartanah Bumiputera dan yang terbaru isu perobohan rumah penyembelihan babi oleh MBAS merupakan kemuncaknya”.katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su yang tidak berpuashati dengan cara kerajaan Negeri pimpinan PAS menangani isu rakyat khususnya bukan Melayu.
DAP juga dikatakan kecewa apabila kerajaan Negeri Kedah tidak melakukan sesuatu untuk menghalang Majlis Bandaraya Alor Setar(MBAS) daripada merobohkan rumah penyembelihan Babi di Kg. Berjaya,Alor Setar.Tempat itu juga mendapat bantahan daripada penduduk sekitar yang tidak selesa dengan kewujudan rumah Penyembelihan tersebut.DAP juga dikatakan tidak berpuashati dengan isu perobohan kuil dan tokong yang didakwa sudah diluluskan oleh MBAS.
“Saya berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan adil dan bijaksana serta dipertimbangkan daripada segenap sudut”, katanya lagi.Beliau juga menyelar pihak-pihak yang suka bermain api perkauman.Media juga diminta telus dalam melaporkan berita.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "PERSADA : MT Pakatan Rakyat Digesa Campur Tangan Terhadap Isu di Kedah"

PEMUDA TAMAN PERUDA said...

Assalamualaikum..Allah Maha Besar...Apa yang nak dihairankan, memang dah terbukti pakatan rakyat memang rapuh. Baru 18 bulan 'berkahwin' takkan dah nak mintak 'cerai' kot...Jangan la macam tu, orang baru kahwin mana boleh gaduh-gaduh, bawak-bawak bincang la...cuba la mencontohi Barisan Nasional, gaduh sikit-sikit dalam rumah tangga biasa la umur 'perkahwinan' BN dah lama...padan laaaa...ini baru 'kahwin' dah gaduh besar....TAK PATUT....INILAH DIA PAKATAN RAKYAT, CERAI BERAI DAH JADI BIASA....

keyhearts said...

Bismillah...bgi pemerhati dari jauh anak negeri isu ini bukan besaq sgt pn klau nak d bandingkan isu corupted di Melaka dimana menteri besaq dia terang nyata lagi bersuluh yg menyatakan dia rasuah namun hnya denda sja dikenakan. Menteri Besaq Kedah buat ni sebab rakyat mengeluh ttg isu babi ni.Buat dkt dgn tmpt penduduk dan bkn buat untuk kpntgn ahli parlimen 2 sendiri.Biaq korban seorang ahli namun rakyat selesa.