Tuesday, August 25, 2009

PERSADA : SPRM Diminta Teruskan Siasatan Terhadap Adun Lunas

Kuala Lumpur,24 Ogos : Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA Kedah) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) meneruskan siasatan terhadap ADUN Lunas,Mohd Radzi Salleh walaupun beliau telah mengisytihar keluar daripada Parti keadilan Rakyat(PKR).

Menurut Presidennya,saudara Syazwan Bin Ahmad pihaknya meminta ADUN Lunas tersebut terus disiasat walaupun sudah keluar daripada PKR. SPRM tidak perlu pilih bulu dalam hal ini kerana sebelum ini Adun tersebut pernah dikaitkan dengan masalah disiplin,penyelewengan dan sebagainya.Tetapi apabila beliau keluar daripada PKR isu ini didiamkan.Isu ini hampir sama dengan isu 2 orang ADUN Perak yang mengisytiharkan keluar parti tatkala mereka disabitkan dengan dakwaan rasuah.

”Wujud beberapa keraguan diatas tindakan Adun tersebut,antaranya secara terbuka menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengisytihar diri sebagai ADUN bebas.Beliau juga mengisytiharkan diri keluar daripada PKR tatkala dipalit dengan pelbagai dakwaan.” ujarnya yang juga merupakan anak jati Lunas.

Selain itu,pihaknya juga meminta Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak sentiasa memantau perkembangan setiap ADUN dan mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana ADUN yang terbukti melakukan penyelewengan tanpa mengira parti politik.





Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERSADA : SPRM Diminta Teruskan Siasatan Terhadap Adun Lunas"