ALOR STAR, 20 Oktober: Nampaknya Sistem Telivisyen Malaysia Berhad (TV 3) dalam siaran beritanya mempunyai niat jahat terhadap negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Media ini seperti ular yang sentiasa menunggu peluang untuk menyebarkan virusnya untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah sekarang.
Di dalam jawapan bertulis muka surat 29 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke 12 yang dikeluarkan kemarin menyatakan Kerajaan Nngeri hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di Bukit Selambau sekiranya tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan. Sedangkan TV3 dalam Buletin Utamanya melaporkan Kerajaan Kedah akan mengikut jejak Selangor dan Perak mengadakan ladang ternak haiwan berkenaan.
Jawapan yang diputar oleh TV3 ini bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang ingin tahu sama ada Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan daging haiwan tersebut bagi Kedah dan Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri hanya merancang untuk membuka ladang menternak babi bersistematik (modern pig farming area) jika tidak ada bantahan penduduk setempat. di Bukit Selambau yang telah dilulusskan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu (Surat UPEN (K) 707 SK.4() bertarikh 4 Disember 2007. bertajuk :' Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) mengenai ladangan masa depan industri ternakan khinzir di Negeri Kedah Darul Aman.
Kawasan seluas 407 ekar di Bukit Selambau hanya menghadkan sebanyak 46,000 ekor haiwan berkenaan yang mengsyaratkan kepada syarikat berkenaan secara 'close house system dengan zero discharged.
Untuk jaminan keselamatan pendudduk sekitar, Kerajaan BN pada masa itu telah mewujudkan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi Bil 21 Tahun 1991 yang telah diluluskan oleh Kerajaan ketika itu pada 11 Ogos 1991 pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri..

0 comments: on "Jawapan Isu Babi"
Post a Comment