Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA) mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakyat Kedah umumnya dan kepada kerajaan Negeri Kedah Darul Aman khususnya di atas penganugerahan Alor Star sebagai Bandaraya Harapan Masa Depan Asia bagi kategori Bandaraya Kecil untuk tahun 2007 oleh sebuah majalah terkemuka antarabangsa iaitu Invest Asia Pacific
klik disini.
Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah ini mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan. Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).
Semoga dengan penaganugerahan ini akan membangkitkan lagi semangat dikalangan rakyat kedah untuk membangunkan negeri yang tercinta ini seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabaur sama ada dalam atau luar negara untuk melabur di negeri ini.
Osman Fikhri Awang Mina
Setiausaha Penaja PERSADA KEDAH
0 comments: on "Tahniah Alor Setar"
Post a Comment