Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA KEDAH) kini diterajui oleh Presidennya yang baru iaitu Saudara Ahmad Syazwan Bin Ahmad. Perlantikan ini dibuat memandangkan Presidennya kini, iaitu Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa telah mengambil keputusan untuk berundur dan memberi laluan kepada muka baru untuk memimpin persatuan ini. Ini memandangkan beliau telah menamatkan pengajian pada semester lepas.
Perlantikkan ini dibuat oleh ahli lembaga pengarah, pemegang amanah PERSADA KEDAH ini. Menurut bekas Presiden PERSADA KEDAH, iaitu Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa yang kini menjadi pengerusi ahli lembaga pengarah, pemegang amanah PERSADA KEDAH, perlantikan ini dibuat adalah berdasarkan klausa di dalam perlembagaan dimana Ahli Lembaga Pengarah berhak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Presiden kepada persatuan ini.
Sebagai sebuah badan NGO yang dibuat melalui ikatan amanah ini, PERSADA KEDAH tidak memerlukan Mesyuarat Agung untuk melantik kepimpinan baru memandangkan ianya bukannya syarat yang terdapat di dalam perlembagaan badan NGO mahasiswa ini.
Bagaimanapun, jawatankuasa yang dilantik sebelum ini masih lagi belum dirombak dan ianya akan berjalan seperti biasa.

1 comments: on "PERSADA KEDAH beralih teraju Presiden"
Salam.tahniah dan takziah syazwan.selamat berkhidmat
Post a Comment