Isu Kartika.........
Jika ada anugerah untuk wanita paling popular bagi beberapa bulan ini pasti jatuh kepada pemilik bertuah yang bernama Kartika Seri Dewi Sukarno.Sudah pasti Datuk Siti Nurhaliza ataupun Maya Karin akan menggigit jari tewas hanya kepada seorang bekas model yang baru beberapa bulan menonjolkan diri.Mahu tidak popular sampai mendapat liputan meluas media asing seperti BBC,CNN ,Al-Jazeera dan para pemimpin negara.Tidak ketinggalan juga NGO-NGO dan lapisan masyarakat.Bagaimanakah wanita yang sudah lama meninggalkan kerjaya model sambilan begitu popular sehingga berita tentangnya boleh diakses dengan mudah di internet begitu juga namanya yang panjang itu sudah boleh diingat.Disebalik populariti yang melonjak naik itu ada yang seolah-olah tidak senang dengan sikapnya.
Bagi sesiapa yang menyoroti kes ini pasti mengehtahui bagaimana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai yang lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam kali sebatan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada pukul 11.40 malam 11 Julai 2008.Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan bagi orang didapati bersalah minum arak.Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.Sebenarnya Kartika juga bukanlah satu-satunya wanita yang dijatuhi hukuman sebat, malah Kartika juga bukanlah orang pertama menerima hukuman sedemikian kerana kesa
lahan mengambil alkohol.Walaupun kes ini telah dijalankan mengikut proses undang-undang seperti yang termaktub tapi perlaksanaannya menerima bantahan beberapa pertubuhan NGO dan menteri seolah-olah menganggap hukuman ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Adakah undang-undang syariah sebelum ni selepas era pasca kemerdekaan tidak sama dengan undang-undang syariah sekarang ataupun kesalahan-kesalahan seperti ini jarang diambil tindakan dan dipandang sebelah mata?!!padahal ramai umat Islam yang meminum arak secara terang-terangan.Sehingga kita boleh mempertikaikan sejauhmana pen
guatkuasaan undang-undang syariah di negara ini.Munculnya kes ini seolah-olah membuka satu dimensi tentang perlaksanaan syariah di negara ini.Tambahan pula ada pihak-pihak tertentu termasuk pemimpin besar negara mengarahkan pesalah membuat rayuan tanpa alasan syarie dan kukuh.Begitu mudah dan longgar sekali undang-undang.
Disebalik ketegasan Kartika Seri Dewi Sukarno mempertahankan pendiriannya untuk tidak membuat rayuan,tiba-tiba muncul beberapa NGO atas nama Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Kesaksamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) meminta agar hukuman ini dibatalkan kerana didakwa mendera pesalah. JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos lalu menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan segera bagi menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Gabungan itu disertai beberapa pertubuhan wanita berpengaruh ter
masuk Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Bantuan Wanita (WAO), Sisters In Islam (SIS), All Women Action Society (AWAM) serta Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC).
Wujud juga satu persoalan sejauhmana mereka memahami perlaksanaan hukuman ini.
Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 :
· Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecilyang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
· Kalau pesalah itu hamil,hukuman hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anak.
· Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
· Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.
· Sebatan tidak boleh kena muka,kepala,perut,dada atau bahagian sulit.
· Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
· Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
· Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
Bagaimanakah mereka mengatakan ia mendera dan zalim padahal hukuman dalam Islam adalah untuk mendidik dan memberi pengajaran.Bagi generasi lama mungkin mereka masih ingat pernah dirotan oleh guru-guru dan ibubapa terutama yang nakal dan suka bermain-main.Ini lebih sakit d
ari hukuman diatas.
Perisytiharaan Kemerdekaan
Jiwa Merdeka......
Jika kita membaca kita membaca kisah kejayaan tokoh-tokoh pada hari ini kebanyakannya lahir hasil didikan guru-guru dan ibubapa dan pernah dirotan.Mungkin generasi baru dan moden sukar menerima pendekatan ini.Ternyata baki-baki tinggalan penjajah Barat masih mencengkam rakyat negara kita menenggelamkan tinggalan-tinggalan mubaligh-mubaligh dan pendakwah Islam di Kota Melaka suatu ketika dulu yang membawa mesej keadilan Islam.Mungkin ada benar juga ungkapan nasihat Dr.Burhanuddin Al-Helmi salah seorang tokoh kemerdekaan :,”Di bawah runtuhan kota Melaka ,kita bina jiwa merdeka”. Ramai yang marah apabila Chin Peng ingin balik ke negara Malaysia kerana beliau adalah tokoh komunis yang telah mengdatangkan huru-hara kepada rakyat negara ini selama beberapa tahun.Jepun pun hanya 3 tahun menjajah Malaysia tetapi penjajah Barat sudah hampir ratusan tahun menjajah negara dan minda rakyat negara ini.Sebutlah apa sahaja semuanya ingin berkiblatkan barat sehingga undang-undang sekalipun.Runtuhan Kota Melaka yang dimaksudkan mungkin kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka kerana bangunan-bangunan tinggalan sejarah masih berdiri kukuh di Melaka.Pengisytiharaan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri ketika itu,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hanyalah kemerdekaan negara dan luaran semata-mata tidak jiwa dan minda rakyat.Oleh itu, jiwa rakyat ini masih belum merdeka.Lihat sahaja sambutan kemerdekaan itu sendiri disambut dengan arak dan pesta zina.Konsep-konsep hiburan daripada Barat menjadi pujaan dan kegilaan anak muda dewasa ini.Sekira tokoh-tokoh perjuangan menentang penjajahan penjajah waktu dahulu Tok Janggut,Dato’ Bahaman,Mat Kilau dan lain-lain masih hidup tentu mereka kecewa.Sia-sia sahaja mereka menumpahkan darah demi mempertahankan hak dan agama mereka.
Mungkin sistem pendidikan di Malaysia ini perlu dikaji semula.Walaupun dasar pendidikan negara telah dirangka selepas merdeka untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah tetapi ia masih lagi belum mencapai matlamat.Bermula penyata Razak dikeluar dan kemudian laporan Abdul Rahman Talib sehingga menghasilkan Akta Pendidikan 1961.Pada era globalisasi akta ini digubal semula sehingga menghasilkan akta pendidikan 1996.Namun tidak semua dasar-dasar ini diikuti.Lihat sahaja perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris yang jelas bercanggah dengan Penyata Razak yang menjadi asas wujudnya dasar pendidikan kebangsaan.Bahkan ia juga bercanggah dengan artikel 152 perlembagaan Malaysia.Kini timbul pula gejala sosial di kalangan pelajar sekolah daripada bergaduh,rogol hinggalah kepada bunuh dan berzina sehingga melahirkan anak.Tidak ketinggalan juga para mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi(IPT).Sebenarnya mereka adalah generasi pewaris kepimpinan negara.Agak rugi jika jika masa muda tidak digunakan dengan sebaiknya.
salah satu buku karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan
Pemuda (Harapan & Perubahan).......
Menurut Dr. Yusuf Qardhawy,anak muda adalah perbendaharaan yang paling berharga. Ini kerana usia muda adalah waktu yang paling berkualiti. Di kala ini anak muda amat cergas tubuh badannya. Di kala muda amat sehat tubuh badannya. Dan di kala muda. Anak muda amat kuat mahu dan azamnya. Dr. Yusuf Qardhawi juga menegaskan bahawa anak muda adalah entiti yang amat penting ketika zaman awal perkembangan Islam. Anak muda menjadi tulang belakang penting mengangkat cahaya Islam ke serata dunia. Dr. Yusuf Qardhawi mempersoalkan adakah anak muda yang mempunyai tenaga yang tidak sedikit ini perlu menjadi lalai dengan perkara yang sia-sia. Sedangkan anak muda adalah aset yang sangat penting kepada negara. Anak mudalah sebenarnya yang mendukung cita-cita dan bertanggungjawab merealisasikan cita sesuatu bangsa. Terlalu banyak contoh-contoh di dalam Al-Quran yang menampilkan tentang peri pentingnya peranan golongan muda. Pemuda Al-Kahfi, Pemuda yang tidak bernama di dalam surah Yasin dan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ini menunjukkan bahawa anak muda adalah sangat signifikan di dalam arus permerkasaan sesuatu tamadun.
Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhaw lagi katanya ;
“ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.
Menurut seorang ulama dan ilmuwan Islam terkenal dan juga pengarang buku ’Tarbiyatul Aulad’,Dr.Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya ”Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini” pemuda perlu kepada pembinaan dan persediaan supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani,akhlak,mental,jasmani serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran,melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam.Mereka tidak akan terseleweng,merasa lemah,terpesong bersama bawaan angin fitnah,menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan,berputus asa dan lemah semangat.Begitu juga mereka tidak tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.Pemuda yang mengecapi nikmat kemudaannya ,menjauhkan diri daripada kejahatan mata,lari dari kebatilan kaki-kaki mereka,beribadah(abid) pada waktu malam dan pejuang pada siang hari.Adakah kamu tahu wahai pemuda bahawa panji-panji kebenaran tidak akan dapat ditegakkan didalam jiwa manusia sejagat,kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelosok bumi dan dakwahnya tidak tersebar ke seluruh pelosok alam kecuali dengan tangan para pemuda yang telah ditarbiyah dengan madrasah Rasulullah S.A.W dan keluar dari institusi lengkap itu.
Maka di sini tergalas tanggungjawab yang amat besar dikalangan anak-anak muda yang faham tentang situasi ini untuk sama-sama menggerakkan matlamat ini.Wujudnya persatuan-persatuan mahasiswa di kampus merupakan wadah penting dalam melahirkan anak-anak muda yang bersahsiah tinggi.Peranan harus dimainkan oleh persatuan mahasiswa Islam,kelab-kelab,NGO-NGO pelajar,persatuan anak negeri dan gerakan mahasiswa di setiap kampus agar dapat membina generasi yang dinanti-nantikan.
Syazwan Bin Ahmad
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Darul Aman,
(PERSADA KEDAH)
0 comments: on "ISU KARTIKA,JIWA MERDEKA DAN..................."
Post a Comment