Wednesday, September 30, 2009

PERSADA : BANTAH KONSERT BEYONCE KNOWLES


Persatuan Mahasiswa Darul Aman(Persada) membantah penganjuran konsert Beyonce Knowles yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 25 Oktober nanti . Penganjuran konsert tersebut mencemarkan budaya ketimuran dan kesantunan rakyat Malaysia. Konsert ini pernah dibatalkan suatu ketika dahulu dan kini kembali diadakan semula.

Menurut Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan Persada Abdul Azim Bin Abd Jamil, penganjuran konsert tersebut jelas mengambarkan bahawa kerajaan tidak mengambil serius terhadap bantahan pertama daripada rakyat Malaysia. Kecenderungan kerajaan untuk mengadakan konsert tersebut dengan memberi kebenaran permit kepada pihak penganjur untuk menganjurkan konsert tersebut.

“Penyanyi yang ditampilkan jelas menampilkan etika sosial yang tidak sihat untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Pemakaian yang ditampilkan oleh penyanyi tersebut menjolok mata dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan kepada rakyat negara ini. Penyanyi tersebut juga mempunyai rekod-rekod masalah peribadi yang jelas menyimpang dengan budaya rakyat ini.” Ujarnya lagi yang mewakili saudara Presiden ketika menghujahkan isu ini.

Selain itu, pihak Persada juga menuntuk Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam , Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom agar tegas dan sentiasa memantau perkembangan perkara-perkara seperti ini. Pihak Persada juga mahu Datuk Jamil Khir Baharom mengesa kerajaan agar menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur konsert tersebut.

Disamping itu, menurut beliau lagi pihak Persada juga ingin menyatakan pendirian bahawa Persada bukan sebuah persatuan anti hiburan tetapi pihak Persada bertegas terhadap segala bentuk hiburan yang melalaikan dan menyumbang kepada keruntuhan akhlak rakyat Malaysia.Oleh itu,pihak Persada mengharapkan campur tangan pihak yang terbabit untuk menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERSADA : BANTAH KONSERT BEYONCE KNOWLES"