Sri Mentaloon,22 Sept – Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA KEDAH) telah menganjurkan Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah pada hari raya ketiga yang lalu bertempat di Dewan Sri Mentaloon,Kediaman Rasmi Menteri Besar,Alor Setar.Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak,Menteri Besar Kedah.
Ucapan YAB Ustaz Azizan Abd Razak
Menurut Presiden Persada,Saudara Syazwan Bin Ahmad majlis ini merupakan susulan kepada Ijtima’ Aidiladha yang lepas cuma istimewanya kali ini diadakan pada hari raya Aidilfitri yang ianya lebih meriah dan anak-anak Kedah di perantauan terutama yang berada di luar negara turut balik bercuti .Terdapat juga mahasiswa luar negara yang terlibat sebagai ajk pelaksana program.Majlis ini juga sebagai satu simbolik kepada kepimpinan baru Persada kerana sebelum ini Persada masih lagi di peringkat penajaan dan belum m
empunyai organisasi yang lengkap.
Ucapan Presiden Persada,Saudara Syazwan Ahmad
Program yang bertujuan untuk menghimpunkan mahasiswa Kedah daripada seluruh IPT di dalam dan luar Negara ini mendapatkan sambutan menggalakkan daripada mahasiswa walaupun kemeriahan aidilfitri bersama keluarga masih lagi terasa.Hal ini dapat dilihat ada yang telah bertolak seawal jam 7 pagi lagi terutama yang berada di kawasan kulim,Bandar Baharu,Sik dan Baling untuk memastikan mereka sampai tepat pada masanya.Ada juga yang terpaksa bermalam di rumah kawan dan sanak-saudara di Alor
Setar malam sebelum program terutama yang berada di Langkawi semata-mata untuk tidak ketinggalan untuk menyertai program dan berjumpa dengan sahabat handai
Majlis bermula seawal jam 10 pagi dengan ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak,Menteri Besar Kedah diiringi Exco Sukan,Kebudayaan,Kesenian dan Penerangan Negeri Kedah,YB Dr. Hamdan Bin Hj Khalib dan Presiden Persada,saudara Syazwan Bin Ahmad.Selepas melaungkan nasyid asmaul husna para diserikan dengan ucapan saudara Syazwan,YB Dr Hamdan dan seterusnya YAB Ustaz Azizan.
Ucapan YAB Menteri Besar di hadapan hampir 1,500 mahasiswa itu jelas tidak menghampakan apabila beliau memberikan ucapan yang sarat dengan nasihat,pengisian di samping celoteh dan lawak bersahaja yang sentiasa menggamat sidang hadirin yang hadir.Beliau juga sentiasa mengambil terhadap pendidikan masyarakat di Kedah dan berharap anak-anak Kedah dapat belajar bersungguh-sungguh seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat negeri Kedah.Beliau yang ternyata gembira dengan kehadiran mahasiswa sempat beramah-mesra dengan para mahasiswa sebelum meninggalkan dewan.
" InsyaAllah,hasil keuntungan daripada projek tapisan minyak akan digunakan untuk dana pendidikan negeri Kedah dalam masa 3 hingga 4 tahun lagi.Kita berusaha untuk menjadikan Negeri kedah sebagai negeri ilmu dan berharap para mahasiswa dapat belajar bersungguh-sungguh dan balik berbakti di Negeri kedah",demikian ringkasan ucapan YAB Menteri Besar.
Sesi dialog bersama Wakil kerajaan Negeri
Majlis yang gilang-gemilang insi turut dihadiri oleh excio kerajaan negeri Kedah iaitu YB Taulan Bin Mat Rasul,Setiausaha Politik Menteri besar,saudara Sanusi Bin Mohd Nor,Ahli Parlimen Padang Terap,YB Mohd Nasir Bin Zakaria,wakil NGO seperti GAMIS,PKPIM,JIM,persatuan anak negeri Kedah dari pelbagai IPT,wakil cina dan India.Majlis ini kemudian diteruskan dengan sesi dialog bersama wakil urusetia belia Kerajaan Negeri iaitu YB Dr Hamdan,Saudara Sanusi Mohd Nor dan Ustaz Ahmad Yahaya dengan dipengerusikan oleh saudara Syazwan Ahmad.Pada sesi dialog ini para mahasiswa diberi peluang untuk bertanya atau memberi pandangan berkaitan kerajaan negeri Kedah.
Pengarah Program Mohd Zulhamdi berkata
“Alhamdulillah,majlis ini (himpunan aidilfitri)berjalan lancer dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari mahasiswa dihadiri oleh pelbagai lapisan kaum, mahasiswa bukan islam dari kaum cina dan india juga datang bagi memeriahkan majlis”.
“kita ambill peluang cuti hari raya untuk himpunkan seluruh mahasiswa kedah,sahabat-sahabat kita dari mesir,ireland,Australia,united kingdom dan lain-lain yang balik berhari raya di kampung juga turut hadir..’’- ujar beliau
Setiausaha Agong Persada Kedah saudara Mohd Al-hafiz b Adnan ketika di hubungi berkata jumlah ahli Persada akan di pertingkatkan dengan membuka keahlian kepada golongan pasca siswazah (postgraduate) bagi memantapkan lagi NGO tersebut.Persada yang baru di tubuhkan tahun lepas itu mempunyai keahlian hampir 2 ribu mahasiswa di dalam dan luar negara.Majlis berakhir pada jam 2.30 petang selepas persembahan nasyid dan jamuan makan
0 comments: on "Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah Bersama MB Berlansung Meriah"
Post a Comment