Tuesday, September 29, 2009

Gaddafi & Ahmadinejad lambang keberanian






Kelantangan dua pemimpin iaitu Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad dan pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengkritik dan menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) semasa berlansungnya perhimpunan tersebut baru-baru merupakan satu lambang keberanian.Ketika para pemimpin Negara lain mengambil sikap berdiam diri dan menyerah segala-galanya kepada PBB yang dikuasai lima negara besar iaitu Amerika Syarikat(AS),Rusia,China,Britain dan Perancis,munculnya dua watak yang sentiasa mendatangkan ‘bisa’ kepada negara kuasa barat.


Ungkapan mereka berdua ada kebenarannya kerana sikap talam dua muka(double standard) badan terbesar di dunia itu jelas menindas negara lain terutama negara dunia ketiga.Sikap mereka yang sentiasa membela Israel yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin dan membangunkan senjata nuklear jelas menunjukkan sikap mereka yang tidak adil.Apabila ada negara-negara yang dirasakan “musuh” dan “ancaman” kepada mereka pelbagai sekatan akan dikenakan dengan mendatangkan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.Tetapi dunia hari ini seolah-olah memandang sebelah mata terhadap sikap mereka.


Siapa tidak ingat pencerobohan AS dan kuasa barat terhadap Iraq dan Afghanistan yang menambah derita kehidupan rakyat negara tersebut.Walaupun atas nama memerangi keganasan tetapi ramai nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban apatahlagi tindakan mereka kadang-kadang melulu dan membabi-buta.Sikap campur tangan kuasa besar ini jelas menunjukkan keangkuhan mereka.Isu Palestin masih belum selesai kerana Israel yang merampas tanah rakyat Palestin berselindung di sebalik negara kuasa besar.Ramai anak kecil Palestin yang menjadi yatim piatu,ibu bapa kehilangan anak bahkan dikenakan pelbagai sekatan ekonomi.


Justeru,keberanian dan kelantangan dua pemimpin harus dipuji kerana mereka tidak takut dengan ancaman kuasa besar ketika negara-negara lain tidak berani bersuara.Agak sukar kita mencari mereka yang lantang bersuara seperti dua pemimpin ini.Ia juga mengingatkan kita kepada kelantangan Perdana Menteri Turki,Tayyib Erdogan yang membidas Presiden Israel,Shimon Perez dalam suatu forum berkaitan isu Palestin.Adakah dengan tiadanya mereka ini dunia akan sepi dan kezaliman akan dibiarkan.






Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Gaddafi & Ahmadinejad lambang keberanian"